Wow, Uniknya McD Tampin Ni! Satu-Satunya Restoran Berbumbung Ala Minangkabau

MAKAN-MAKAN
September 29, 2020 - 03:21 PM


Kalau korang bercuti ke Negeri Sembilan dan kebetulan korang adalah penggemar makanan segera terkenal, McDonald’s -- jangan lupa untuk singgah menikmati hidangan burger dan ayam goreng di satu-satunya restoran McDonald’s berkonsepkan seni bina rumah tradisional Minangkabau yang berbumbung panjang.

Restoran McD yang baharu dibuka di Tampin, Negeri Sembilan itu mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi dengan keunikannya yang tersendiri.


McDonald’s Tampin Yang Baharu


Rumah Rehat Tampin

Sebelum ini, tapak restoran tersebut merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi -- justeru ia dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan agar menghidupkan semula kawasan berkenaan sebagai tempat tarikan pelancong, memandangkan lokasinya yang strategik dan betul-betul terletak di tepi jalan utama Tampin-Seremban.


Kredit: FB Misriah Yahaya

Keunikan rekaan seni bina yang ditonjolkan juga melambangkan identiti rumah masyarakat di Negeri Sembilan dan pembinaanya telah mendapat khidmat nasihat serta rujukan daripada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).


Kredit: FB Misriah Yahaya


Kredit: FB Misriah Yahaya

Keistimewaan lain yang dimiliki oleh restoran McDonald’s Tampin itu adalah ia turut dilengkapi kemudahan ‘sensory room’ yang boleh digunakan oleh kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme.

Ini sekaligus menjadikan restoran itu satu-satunya restoran McDonald’s di negara ini yang menawarkan khidmat berkenaan di dalam restoran.


Kredit: FB Misriah Yahaya


Kredit: FB Misriah Yahaya

Untuk pengetahuan korang, McDonald’s Tampin itu merupakan restoran yang ke-302 di negara ini dan yang ke-12 di Negeri Sembilan.

Lebih menarik, ia juga merupakan restoran setingkat yang terbesar pernah ada di Malaysia.

Selain membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di Tampin, restoran tersebut juga bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan kepada pengunjung tempatan dan luar Negeri Sembilan.


Kredit: FB Misriah Yahaya

Sumber: UTUSAN

Destination: