Kegemaran Peminat Pink! - 5 Kafe Hipster Dengan Warna Tema Merah Jambu Di KL Dan Selangor

FOODIE
July 14, 2023 - 04:36 PM


Korang yang gemarkan warna merah jambu mesti suka kalau dapat masuk tempat yang serba-serba berwarna pink. Mungkin kerana warna tersebut melambangkan keindahan, ketenangan serta sinonim dengan sifat feminin. 

Tapi ada jer lelaki yang minat dengan warna pink ni. Tak kisahlah dari segi pemakaian atau aksesori, rona tersebut menjadi kesukaan ramai.

Disebabkan itulah ramai pengusaha kafe kini yang teruja untuk menterjemahkan warna merah jambu pada dekorasi dalaman dan makanan. Pinggan dan mangkuk semuanya serba pink dan ia menjadi faktor kenapa ramai tak sabar nak pergi untuk berswafoto sepuas-puasnya.

Biasanya memang akan ada ruang atau spot Instagrammable disediakan khas untuk pelanggan. Kalau makanan yang disediakan tu memang sedap, lagilah ramai yang datang kerumun. Silap-silap kena beratur panjang.

Berikut 5 kafe sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang jadikan warna merah jambu sebagai konsep mereka.

Zalynz Oven Cafe

Kafe yang ada bermacam-macam jenis roti dan pastri ini tidak pernah lekang dari pelanggan dan sentiasa penuh meskipun hari bekerja. Mana tidaknya, pelbagai pilihan roti yang istimewa ini dijual pada harga yang murah dan sedap!

Jangan risau untuk masuk ke Zalynz Oven Cafe ini kerana harganya tidak mahal walaupun dekorasi kedainya seakan-akan kafe 5 bintang. Alang-alang dah sampai sini, anda kena cuba mushroom soup yang dihidangkan bersama garlic bread, tart lemon, eclair, skon, macaron dan pocket cake. Tak terkata sedapnya!

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (10am - 7pm)

Alamat : No 10 Jalan Cendana 3/13B, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor

Pinggan Puteh

Namanya yang unik ini sememangnya mudah mendapat perhatian ramai, namun apa yang menjadikan cafe estetik ini lebih mendapat perhatian adalah menunya di mana ia terdiri daripada tiga kategori iaitu Pinggan Utama untuk hidangan utama, Pinggan Tepi untuk hidangan sampingan dan Pinggan Manis untuk pencuci mulut.

Spaghetti Aglio Olio daging sapi menjadi recommendation sesiapa saja yang ke sini. Tak pernah terbayang makanan Itali itu dipadankan dengan campuran rasa nusantara seperti daging. Laksam Pinggan Puteh juga menjadi kegemaran pelanggan yang singgah ke sini.

Selain itu, kafe ini juga mempunyai spot bergambar yang cukup lawa dan estetik. Jadi, pastikan anda bersedia untuk klik kamera apabila ke sini.

Waktu operasi : Setiap hari (12pm - 11pm)

Alamat : 30G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

La Fleur x Uniqorn

Sekitar Petaling memang menjadi tempat lambakan kafe hipster yang unik. Antaranya adalah kafe Le Fleur x Uniqorn yang bertemakan unikorn. Kafe ini didekorasi dengan cat berwarna merah jambu dan mainan unikorn menjadikan suasana-nya hype dan cantik.

Pelanggan yang datang ke sini mesti akan terpukau melihat keunikan kafe ini dan wajib OOTD di sini. "La Fleur" yang bermaksud minuman panas seperti kopi dan coklat panas. Manakala 'Uniqorn" pula sudah tentu merujuk kepada unikorn yang merujuk kepada tema kafe mereka. 

Waktu operasi: Setiap hari (12pm - 10pm)

Alamat : Jalan Lagoon Selatan, Sunway GEO Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Kuala Lumpur

Therefore Cafe

Kafe ini boleh dikatakan lokasi bergambar yang menarik kerana memiliki reka bentuk dalaman yang unik dan cantik. Kafe ini menyajikan sarapan pagi dan makanan tengahari yang terdiri daripada hidangan ruji klasik dengan sentuhan Malaysia termasuklah hidangan utama dan pasta.

Daripada hidangan utama sehinggalah ke pencuci mulut, semua hidangan dibuat dengan penuh cermat dan kasih sayang. Anda boleh mencuba pasta dan juga pencuci mulut yang pelbagai di sini.

Untuk pengetahuan anda, kafe ini terletak di Symphony Square, Petaling Jaya. Reka bentuk dalaman yang cantik membuatkan ia menarik untuk bersantai bersama rakan atau keluarga.

Waktu operasi: Rabu hingga Isnin (12.00pm– 10.00pm)

Alamat : Lot 02-G, Menara Symphony, No. 5, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 13, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

Ninja's House Cafe

Tengok pada namanya sudah tahu Ninja's House Cafe ini menyajikan makanan Jepun dan kafe ini menjual pelbagai jenis sushi kegemaran ramai dan juga beberapa makanan dan snek Jepun. 

Sebanyak 83 jenis sushi yang dibuat setiap hari dan ada yang berharga serendah RM1. Betul! Dengan pilihan yang sebanyak itu susah untuk kita pilih dan rasa macam nak borong semua jenis sushi. 

Selain sushi, ada juga ramen dan snek lain seperti donat yang ada beberapa jenis. Semua dijamin halal tau!

Waktu operasi : Setiap hari (8.30am - 8pm)

Alamat : 26-1, Jalan Eco Majestic 10/1B, Eco Majestic, Semenyih, Selangor

Makan di kelima-lima kafe ni semuanya sedap-sedap dan puas hati apabila singgah serta makan di sini. Jangan lupa untuk ambil gambar dan post di IG ya!

Destination: