Kelas Percuma Untuk Menjadi Pemain Dan Caster Professional Di Dalam Sukan Esport

GAYA HIDUP
October 28, 2021 - 11:09 AM


Berita baik kepada korang yang bermain game Mobile Legend dan bercita-cita untuk menjadi salah seorang pemain atau casters yang terkenal. The Uprising E-Stars (TUE) adalah sebuah program yang ditubuhkan untuk melatih dan memberi panduan yang betul dalam bidang Esports Professional. Menariknya kali ini, pihak The Uprising E-Stars akan menganjurkan kelas asas basic tentang “Apa yang diperlukan untuk menjadi Professional Esports Casters & Players” (MLBB) kepada orang ramai secara PERCUMA. Program ini disponsor oleh Sandisk bagi mereliasasikan impian para gamers untuk menjadi player Esport yang terkemuka.

Kelas ini akan terbahagi kepada dua kategori dimana terdapat kelas yang akan hanya menumpukan pada Esport players (MLBB) dan kelas yang akan menumpukan tentang cara menjadi Esports Casters. Kelas-kelas ini akan memberikan sebuah pengalaman baru kepada korang kerana sudah tentu korang akan mempelajari tentang tips-tips menarik dan panduan yang betul bagi mencapai cita-cita korang.  

Berikut merupakan maklumat tentang program tersebut :

Program ini akan berlangsung di dalam Zoom pada November 8, 10, 11, 15, 17 dan 18 November dan ianya terbuka kepada semua yang berminat menjadi caster dan juga player. Masa bagi setiap kelas ini adalah pada pukul 7 pm hingga 8 pm. dan akan berlangsung pada hari-hari yang dinyatakan namun di dalam kelas yang berbeza. Tentu korang tertanya-tanya siapakah trainer-trainer tersebut ? Mari kita lihat sedikit info tentang mereka. 

Trainer Permain 

1. Ashi

  • Manager of Todak MLBB team

  • 2x World Championship Appearance ( M1 and M2 )

  • Champion of MPL MY/SG Season 6

  • Runner-up of MPL MY/SG Season 4 and MPL MY Season 7

Trainer Casters

1. Ikuto

  • LOL North America League Championship Series 2016

  • LOL Worlds 2016

  • MPL Season 1 - 4

  • MLBB Southeast Asia Cup

  • Mobile Legends World Championship M1

 

2. Qontra

  • Wild Rift SEA Championships

  • PUBG Mobile World League

  • PUBG Mobile Pro League

  • PUBG Mobile SEA Championship Bangkok & Jakarta

  • Mobile Legends World Championship M1 & M2

Talent-talent yang terpilih bakal menyertai satu tournament untuk merasai sendiri pengalaman yang baru sama ada sebagai pemain ataupun caster. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana link pendaftaran masih lagi terbuka ! Jika korang berminat, tekan link di bawah SEKARANG !!

Link Pendaftaran : Klik Sini

 

Cyberathlete Collegiate Mobile Legends Competition (CCML) Season 2 

Malaysia sedang mencari wakil untuk menyertai pertandingan Cyberathlete Collegiate Mobile Legends (CCML) season 2. Pendaftaran Season 2 masih lagi dibuka kepada semua pasukan E-Sports Institut Pengajian Tinggi dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam dan beberapa negara lagi! 

Syarat Kelayakan Pendaftaran:

  1. Hanya terbuka untuk pelajar universiti/ kolej
  2. Ahli pasukan terdiri dari pelajar universiti/ kolej yang sama
  3. Satu kumpulan dianggotai oleh 7 orang (5 pemain + 2 simpanan

Link Pendaftaran: Klik Sini

Jangan siakan peluang ini, jika korang berminat boleh terus klik di link di atas kerana pendaftaran akan ditutup pada November 1 @ 11:59:59pm (GMT+8).

 

Play With Pro (PWP)

Selain itu, terdapat satu lagi program “Play With Pro” (PWP) di mana korang akan berpeluang menjadi sebahagian team member yang diketuai oleh Ashi dan Kuta. Peluang tersebut kini dibuka kepada orang ramai dan akan berlangsung secara live ketika final CCML Malaysia Qualifier Season 2. Team members akan dipilih oleh Ashi dan Kuja melalui Facebook secara rawak. Peluang seperti ini tidak patut dilepaskan kerana ia tidak datang selalu.

Destination: