"Tempat Tersorok Namun Punyai Permata!" - 10 Keunikan di Resorts World Kijal Bakal Menjadi Percutian Korang Seterusnya!
TRAVELJika sebut saja tentang Terengganu, korang pasti akan terfikirkan keindahan pulau-pulau di sana seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas serta pantainya yang cukup menakjubkan.
Namun ada satu lagi tarikan di Terengganu yang korang boleh masukkan dalam senarai percutian jika ke negeri Pantai Timur ini iaitu Resorts World Kijal yang terletak di daerah Kemaman.
Baru-baru ni kami berpeluang dibawa oleh Resorts World Kijal untuk merasai pengalaman menginap dan menggunakan pelbagai fasiliti di resort berkenaan yang serba-serbi lengkap.
Resorts World Kijal merupakan destinasi pelancongan ikonik dengan lanskap laut yang tiada tandingannya Terletak di Kemaman terbentang merentasi pantai pasir putih milik persendirian sepanjang 7.6 kilometer.
Sepanjang kami kat situ memang tak pernah berhenti rasa terpegun dengan keindahan pantai dan segala kemudahan yang ada dekat Resorts World Kijal ni. Memang patutlah negeri Terengganu ni digelar Permata Pantai Timur.
Kami senaraikan 10 permata tersembunyi di Resorts World Kijal, Kemaman ni!
1. Bilik Menghadap Pemandangan Laut yang Indah
Resorts World Kijal mempunyai 340 bilik dan kami menginap di bilik Premier Sea View yang menghadap keindahan laut serta kolam renang.
Dilengkapi dengan kelengkapan bilik yang serba mewah! Tiada rehat yang lebih menenangkan melainkan dengan layan panorama pantai peribadi kepunyaan Resorts World Kijal dan kolam yang luas mampu buat korang rasa nak terjun je bila dah check-in tu.
Bilik-bilik lain menghadap laut adalah Deluxe Suite, Premiere Suite dan Anjung Suite yang menyediakan bilik serba mewah dan pemandangan cantik. Buka je langsir memang disajikan dengan pemandangan A+!
2. Pantai Peribadi
Kami suka pantai yang ada di Resorts World Kijal ni kerana pantai sepanjang 7.6km ini milik peribadi dan privasi korang terjaga sepanjang penginapan di sini. Bila dah namanya pantai peribadi, orang luar tidak dibenarkan masuk ke sini melainkan tetamu Resorts World Kijal.
Terdapat macam-macam aktiviti yang korang lakukan di pantai Resorts World Kijal termasuk glamping yang tidak asing lagi bagi korang yang menginginkan keselesaan dan kemewahan ketika berkhemah.
Terdapat juga jakuzi tepi pantai yang menghadap laut. Bayangkan korang menikmati jakuzi ketika senja sambil diterangi cahaya matahari yang kekuningan sambil dengar ombak laut dan angin bayu meniupi muka. Memang betul-betul rileks!
3. Restoran Kampong Meraga Beris
Korang boleh dapatkan makanan asli Terengganu yang menyediakan pelbagai menu yang korang hendakkan. Restoran ni menjamu makanan asli Terengganu seperti nasi dagang, laksam dan kuih-muih yang hanya terdapat di negeri ini saja.
Makanan yang dihidangkan di atas perahu penuh dengan makanan asli Terengganu yang mesti korang teringat-ingat walaupun dah check-out.
Dengan kepakaran chef dalam penyediaan makanan tempatan yang asli, tetamu boleh menikmati hidangan buffet sama ada di dalam atau di luar restoran.
4. Nikmati Makan Di Tepi Pantai
Bila dah petang sikit, kami nak merasa makan tepi pantai sambil menikmati makanan yang semuanya enak-enak belaka di Oasis Beach Bistro. Tak sah-lah kalau korang dah menginap ke sini tapi tak memaksimumkan pengalaman makan di tepian pantai macam ni.
Korang boleh pilih sama ada mahukan masakan panas, makanan western atau BBQ. Semua ada di sini! Suasana dingin dengan tiupan angin pantai, nikmati hidangan sea food yang segar berserta dessert di tempat duduk bertemakan gaya alfresco.
Yang best-nya kat Oasis Beach Bistro ni, kebanyakan hidangan dimasak secara live atau langsung di depan pelanggan dan korang juga boleh juga tau nak tempah untuk candle light dinner kat sini. Barulah sweet!
5. Satu-Satunya Resort Bertaraf 5 Bintang Di Kijal
Kalau korang menjejakkan kaki di Kijal, Resorts World Kijal merupakan satu-satunya resort yang bertaraf 5 bintang dan menyediakan harga mampu milik dengan kemudahan dan fasiliti yang serba-serbi lengkap untuk kegunaan tetamu.
Resorts World Kijal juga mesra tetamu yang kelainan upaya (OKU) dan menyediakan bilik yang memudahkan mereka untuk akses ke bilik air, katil, suis dan perabot lain.
Bayangkan resort yang bertaraf 5 bintang ini menawarkan bilik serendah RM270! Memang berbaloi dengan apa yang korang bayar dan segala kemudahan yang terdapat di sini.
6. Pelbagai Aktiviti Mesra Keluarga Tersedia
Apalah makna percutian tanpa mengisi masa bersama keluarga korang di sini-kan. Keluar saja dari bilik korang tu, korang akan disediakan dengan studio karaoke, kolam renang yang luas, giant chess, giant snake and ladder, teng-teng aktiviti sukan air dan pelepasan anak penyu.
Semuanya telah pun tersedia di Resorts World Kijal untuk kepuasan tetamu yang berkunjung ke sini.
7. Menyediakan Pakej Perkahwinan Ala Taman Dan Tepi Pantai
Resorts World Kijal juga menyediakan pakej istimewa buat korang yang inginkan pengalaman yang berbeza adakan resepsi di taman lanskap dan di tepian pantai.
Pakej perkahwinan yang bertemakan taman lanskap dan pantai ditawarkan kepada bakal pengantin yang mahukan keindahan semula jadi dan kelihatan mewah untuk hari istimewa korang!
Dewan besar juga turut tersedia di Resorts World Kijal yang boleh memuatkan sehingga 300 orang dalam satu-satu masa.
8. Cafe Yang Istimewa, Pakar Dalam Semua Juadah
Hainan Express merupakan cafe yang menjadi tumpuan setiap kali tetamu menginap di Resorts World Kijal menawarkan pelbagai juadah seperti masakan Melayu, Cina serta manisan dan menjadi pilihan tetamu sudah tentu Nasi Talam.
Nasi dan pelbagai lauk-pauk seperti ayam goreng berempah, udang masak merah, daging salai masak lemak serta sotong bakar percik dihidangkan dalam talam bersama aneka ulaman yang sememangnya boleh buat korang kecur air liur!
Sewaktu kami menginap di Resorts World Kijal, hidangan makanan Cina juga menjadi kegemaran dengan pilihan lauk seperti butter prawn, ayam kung po, daging masak halia, sayur goreng ala cina dipadankan bersama telur dadar sangat menambah selera!
9. Spa dan Refleksologi
Tak lengkap percutian korang ke Resorts World Kijal tanpa meluangkan sedikit masa untuk dapatkan khidmat spa dan urut yang disediakan di tingkat bawah resort berkenaan.
Mesti korang takut untuk dapatkan khidmat urut di resort-kan? Risau mahal dan sebagainya namun jangan risau sebab setiap sesi urut korang boleh dapatkan serendah RM28! Walau di tempat mewah tapi harganya tetap marhaen.
10. Driving Range Yang Percuma!
Buat korang meminati golf, di Resorts World Kijal menyediakan driving range yang mempunyai 15 lane dan masuk ke sini memang percuma. Korang perlu bawa set golf korang saja dan sewa bola yang disediakan pihak resort.
Sesuai untuk korang berlatih swing dan lihat sejauh mana skill golf korang.
Jadi korang jangan ingat di Kijal takde apa-apa tau. Banyak kemudahan serta fasiliti yang ditawarkan kepada tetamu Resorts World Kijal dan sekitar resort berkenaan banyak tempat menarik seperti Lemang Kijal, perkampungan nelayan Pantai Kemasik yang korang boleh merasai sendiri menangkap ikan serta Warung Aziz Satar yang terkenal dengan aneka celup tepungnya.
Asyik pergi ke Kuala Terengganu je bila dah sampai Terengganu. Apa kata kita melawat Kijal pula. Jom-lah gu kita ke Kijal!