
"Tetap Santai Mas!" - Pemuda Selamba Makan Pecal Lele Ketika Hujan Ribut
TERKINIAntara hidangan terkenal dari negara jiran kita sudah tentunya Pecal Lele! Pecal Lele adalah satu hidangan nasi yang datang dengan seekor ikan keli yang digoreng, dilengkapi dengan sambal dan sayuran. Satu hidangan yang cukup simple dan juga jadi pilihan rakyat Malaysia.
Namun, baru-baru ini viral satu video TikTok yang memaparkan situasi epik seorang pemuda yang sedang menikmati pecal lele di satu warung jalanan di Bandung!
Watch on TikTok
Pemuda bernama Ridzqi ini sempat merakam beberapa video yang memaparkan situasi sebenar bagaimana suasana menikmati Pecal Lele di warung ketika hujan ribut sedang berlaku. Video tersebut menjadi bualan netizen kerana Ridzqi kelihatan tenang dan juga usaha tuan kedai untuk melindungi warungnya dari terbang ditiup angin.
Setakat ini, video TikTok tersebut memperoleh 12.6 juta tontonan dari serata dunia! Nampak gayanya kena cari pecal lele lah balik kerja nanti!