"Jangan Cemas Bila Sesat!" - 6 Tips Berguna Untuk Survive Dalam Hutan
GAYA HIDUPAktiviti outdoor seperti hiking dan jungle trekking kini makin menjadi minat orang kita dan menjadi aktiviti bulanan bahkan mingguan. Ada yang minat melakukan aktiviti di hutan tapi tiada pengetahuan dalam surviving skill apabila tersesat.
Hal ini akan menjadi sukar kepada orang yang kekurangan ilmu survival yang mana ia merupakan salah satu punca menyebabkan seseorang itu sukar bertahan dalam situasi terdesak di dalam hutan. Segala yang telah 'tersedia' dalam hutan boleh buat korang bertahan sementara menunggu diselamatkan.
Namun sebelum meneruskan jungle trekking dan hiking, pastikan kesihatan dan keadaan fizikal diri korang mampu untuk melakukan aktiviti tersebut. Jangan teruskan jika korang dalam keadaan yang kurang sihat atau berat badan tidak mengizinkan.
Perkara tersebut bukan sekadar susahkan diri sendiri bahkan akan melibatkan orang lain.
Jadi min nak beri kepada korang tips survival jika tersesat dalam hutan.
Patah Balik Dan Cari Kawasan Sesuai Untuk Berehat
Jika korang terpisah dari rakan-rakan di dalam hutan dan telah sesat selama 30 minit hingga satu jam, cuba kembali semula ke tempat asal atau trek laluan asal yang korang dah lalui.
Kemudian cari kawasan yang sesuai untuk korang berteduh dan berehat di sekitar trek tersebut.
Buat Penanda Pada Pokok
Bawa perca kain untuk dijadikan penanda ketika korang melalui trek tersebut. Apabila sedar korang tersesat dalam hutan, jangan panik dan cuba untuk tenangkan diri. Ingat kembali trek korang lalui kemudian buat penanda pada setiap trek.
Ia boleh membantu rakan-rakan dan pasukan penyelamat menjejaki lokasi korang.
Ketuk Akar Banir Untuk Hantar Isyarat
Selain dibuat untuk berteduh dan membuat penanda pada pokok, akar banir juga boleh menghantar isyarat kepada orang sekeliling dengan mengetuk kuat akar tersebut.
Akar pokok banir yang besar tersebut boleh mengeluarkan bunyi sejauh beberapa kilometer dan mampu mencapai 2km. Ketuk akar banjir sebanyak dua kali dengan menggunakan kayu sederhana besar.
Pastikan jarak ketukan dalam dua ke empat saat untuk setiap ketukan bagi memberi isyarat yang jelas kepada rakan dan pasukan penyelamat.
S.T.O.P!
Pedoman yang digunakan oleh para hikers apabila tersesat adalah STOP -- iaitu :
S = Stop atau sit, berhenti dan berehat dengan santai serta hilangkan panik. Jangan biarkan diri korang dalam keadaan panik kerana korang bakal buat perkara diluar jangkaan.
T = Think, berfikir secara logik dan rasional dalam situasi yang dihadapi.
O = Observe, lakukan pemerhatian di sekitar lokasi korang berada, kemudian tentukan arah dan tanda-tanda alam yang dapat dimanfaatkan atau yang harus dielakkan.
P = Planning, fikirkan cara dan kesannya bila korang sudah putuskan sesuatu yang bakal dilakukakan.
Setelah semuanya dalam keadaan terkawal, cari barang-barang yang korang boleh jadikan sebagai peralatan seperti :
Botol Minuman
Botol yang korang minum tu jangan dibuang merata tau sebab ia boleh digunakan untuk macam-macam cara untuk survival.
Botol minuman yang diisi dengan air boleh dijadikan kanta pembesar dan korang boleh hidupkan api ketika ketiadaan pemetik api dan mancis.
Botol air juga boleh dijadikan cerek air tanpa mengecut dan cairkannya. Gunakan air yang bersih untuk kegunaan memasak dan jangan sesekali menggunakan air dari sumber sekeliling kerana dikhuatiri tercemar.
Penutup botol tersebut boleh dijadikan wisel dan boleh menjadi alat komunikasi serta menghantar isyarat kepada orang lain.
Makanan Dan Minuman Bertin
Fungsinya sama seperti botol minuman plastik kerana boleh dibuat untuk memasak kerana ia diperbuat dari besi. Potong dan tebuk lubang di sekeliling tin berkenaan untuk jadi dapur atau stove.
Selain itu ia juga boleh dibuat sebagai reflector dan hantar isyarat kepada pesawat yang sedang terbang. Gunakan tapak tin minuman tersebut dan laraskan ke arah matahari, kemudian halakan ke arah pesawat yang terbang berdekatan.
Disebabkan tin aluminium ini sifatnya nipis dan tajam, ia juga mampu memotong dengan baik. Potongkan tin minuman tersebut dan jadikannya kepada bentuk pisau.
Tin yang dibentuk tersebut boleh digunakan untuk mengelar haiwan yang diburu dan kayu-kayu yang lembut. Namun diingatkan untuk bawa pisau sebelum masuk ke hutan kerana penting untuk menebas dan tandakan trek korang.
Sebenarnya banyak pengetahuan dan ilmu hutan dari masyarakat orang asli khususnya, boleh kita pelajari untuk terus bertahan tatkala tersesat dalam hutan.
Jangan stress-stress dan enjoy hiking serta jungle trekking bersama rakan di hutan yang sememangnya seronok untuk korang terokai!