"Peh Baran Dibuatnya!" - Pekerja Kedai Serbaneka Diajak Selfie Selepas Dibelasah Suspek Mabuk

TERKINI
June 20, 2023 - 04:26 PM


Pekerja sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching di sini, cedera di muka selepas ditumbuk dan disepak lelaki mabuk kerana menegurnya mengambil payung di dalam premis berkenaan malam tadi.

Tekan link untuk video

Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, berkata anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu berkerja sambilan di kedai serbaneka itu selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.

"Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka.

"Laporan polis sudah dilakukan di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut, saya mohon mana-mana individu yang mengenali lelaki ini tampil memberikan maklumat kepada polis," katanya.

Sementara itu, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan ianya dalam tindakan pihak polis untuk mengesan suspek.

Destination: