Cabin Hills Labis Eco Resort Port Bercuti Untuk Kaki Outdoor!

TRAVEL
June 21, 2023 - 04:12 PM


Sebut saja pasal Johor mesti orang akan terfikirkan jalan-jalan di bandar Johor Bahru, makan-makan di Muar atau mandi di Air Terjun Gunung Ledang namun jangan terkejut kalau kami katakan di Johor banyak tempat yang korang belum lagi explore.

Tahukah korang di Johor terdapat banyak destinasi eko-pelancongan yang boleh diberi highlight sekiranya korang berkunjung ke negeri selatan tersebut.

Antara destinasi yang patut ada dalam senarai wajib korang pergi adalah di Labis. Kedengaran seperti ianya sebuah perkampungan dan pekan kecil di Segamat namun banyak tempat best kat sini tau.

Tempoh hari kami dibawa oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Putarajaya dan MOTAC Bahagian Selatan dalam program Exploration and Experiential of Segamat ke Labis untuk menikmati keindahan pekan tersebut yang berpotensi menjadi percutian tumpuan untuk korang yang gemarkan aktiviti outdoor.

Cabin Hills Labis Eco Resort merupakan tempat tumpuan sekiranya menjejakkan kaki ke mukim yang terletak di Segamat ni kerana ia berkonsepkan penginapan dalam kabin dan resort ini dikelilingi dusun durian di pinggir hutan yang jauh daripada bingit kota.

Disebabkan Cabin Hills Labis Eco Resort ni di dalam dusun, korang dibenarkan untuk mengambil durian yang gugur di depan korang. Nampak je durian jatuh, itu memang milik korang!

Bilik penginapan serba lengkap di lereng bukit menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung khususnya korang yang gemarkan aktiviti outdoor dan kaki nature.

View Kabus Di Lereng Bukit Yang Sangat Nyaman!

Waktu subuh adalah masa sesuai untuk korang keluar dari bilik dan nikmati pemandangan dari balkoni yang memaparkan sun rise di sebalik kabus yang menyelimuti bukit-bukit sekitar Cabin Hills Labis Eco Resort.

Seawal 6.30 pagi cahaya kekuningan akan muncul di sebalik bukit-bukit yang terdapat di situ. Korang akan rasa begitu tenang dan teruja dengan pemandangan tersebut kerana view begitu takkan dapat di kawasan bandar. Jangan lupa untuk ambil gambar tau!

Naik ATV Keliling Kampung

Cabin Hills Labis Eco Resort juga tawarkan korang menaiki all-terrain vehicle (ATV) serendah RM80 untuk sewaan lebih satu jam dan korang boleh bawa pusing-pusing kampung tau.

Korang akan dibawa oleh seorang guide untuk keliling Kampung Tenang dan Kampung Kepoh. Sepanjang perjalanan, korang akan dibawa untuk melawat makam Tok Tenang iaitu orang pertama yang membuka perkampungan Kampung Tenang dan menjadi tokoh kampung tersebut. 

Kemudian korang boleh singgah ke ternakan landak serta melihat depan mata, memberi makan dan mendapat pengalaman memegang landak. Mesti korang takut kalau landak tu panah korang dengan durinya-kan? Itu semua mitos tau kerana landak tak panah duri dorang.

Seterusnya korang akan dibawa ke ladang penternakan lebah kelulut dan yang menariknya kat sini dapat merasai sendiri madu lebah kelulut dari sarangnya.

Dalam perjalanan pulang ke Cabin Hills Labis Eco Resort, elok singgah sebentar mandi di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis dahulu. Tempat ni sesuai sangat untuk korang nak rehatkan badan dengan air panas semula jadi dari kaki bukit terus ke kolam tersebut.

Syurga Untuk Kaki Hiking

Disebabkan kawasan Cabin Hills Labis Eco Resort dikelilingi bukit, korang yang kaki hiking semestinya suka dengan tempat ni.

Di belakang Cabin Hills Labis Eco Resort ialah Bukit Tahang Rimau yang berketinggian 223 meter dari aras laut. Walaupun tak tinggi, tapi cukup untuk korang tengok view satu pekan Labis dari ketinggian tersebut yang sangat-sangat mendamaikan.

Kalau korang hiking waktu pagi, dari puncak Bukit Tahang Rimau korang akan nampak pemandangan Gunung Cabang 3 yang diselimuti kabus. View dia boleh buat korang jatuh cinta dan rasa tak nak turun dari situ.

Seterusnya, aktiviti jungle trekking menyusuri Sungai Tenang Kudung sejauh 1km yang mengambil masa 30-40 minit yang terdapat air sungai keluar dari batu-batuan.

Dalam perjalanan, korang akan dapat melihat keunikan dan khazanah hutan seperti tumbuh-tumbuhan dan serangga sehinggalah sampai ke sebuah lubang untuk mendengar deruman bunyi air terjun bawah bumi.

Flying Fox Dalam Dusun Durian

Cabin Hills Labis Eco Resort juga sediakan aktiviti flying fox buat korang yang inginkan aktiviti outdoor sepanjang penginapan untuk beri pengalaman berlainan dari percutian lain.

Korang akan meluncur sejauh 90 meter menyelusuri dusun durian dan bilik-bilik kabin yang semestinya menyajikan view memukau dari atas.

Jangan risau kalau anda berbadan besar dan takut untuk menaiki flying fox kerana peralatan dan talinya mampu menampung berat sehingga 180kg. Semua orang boleh enjoy naik flying fox!

Percutian ke Cabin Hills Labis Eco Resort bakal buat korang teringat-ingat dan korang akang repeat untuk menginap di sini sebab tak puas merasai keindahan alam dan aktiviti outdoor-nya menarik. Percutian dengan suasana outdoor dan di dalam dusun akan buat percutian korang lebih menarik!

Cabin Hills Labis Eco Resort

Alamat : Cabin Hills Labis Eco Resort, Jalan Juaseh, Pekan Air Panas, 85300, Labis, Johor

No. Telefon : 019-7494111

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rileklah (@officialrileklah)

Destination: