"Tenang...Ribut Jiwa" - Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 Berjaya 'Healing' Lebih 1,500 Peserta!

TRAVEL
June 21, 2023 - 05:52 PM


Daerah Lenggong yang sebelum ini popular sebagai 'Mini Amazon Malaysia', baru-baru ini menjadi lokasi terpaling havoc bagi penggemar aktiviti outdoor menjalankan pelbagai sukan ekstrem dan tempat healing pada masa yang sama!

Berlatarbelakangkan Resort Tasik Raban di Lenggong, Perak yang sememangnya memiliki panorama bukit-bukau dan hutan tebal di tepian tasik cukup memukau pandangan lebih 1,500 peserta yang menyertai Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23).

Selepas mendaftarkan diri dan mendapat goodies bag ODF23 -- peserta mula menuju ke tapak perkhemahan masing-masing sama ada di tapak Santuy Campsite ataupun SkyCamp yang menawarkan tenda khemah hitam yang disusun cantik sepanjang Tasik Raban.

Sebaik senja menjelma tiba, segala penat-lelah selepas memandu jauh terasa hilang dengan pemandangan matahari terbenam dari tepi tasik yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Momen berharga sedemikian tidak dilepaskan oleh peserta ODF23 apabila masing-masing mengeluarkan kerusi healing mereka bagi menikmati view sunset yang cukup memukau pandangan, selain ada juga yang dilihat merakam beberapa gambar dan video untuk dikongsi di media sosial mereka.

Bertepatan dengan konsep ODF23 kali ini iaitu 'Unplug & Reconnect' -- misi healing oleh peserta di Lenggong berjaya terlaksana sejak hari pertama lagi!

Penganjuran acara 3 hari 2 malam itu juga langsung tidak terasa lamanya apabila pelbagai aktiviti yang mengetengahkan 6 kategori -- iaitu sukan ekstrem, muzik persembahan, cerita kedai kopi, bengkel, gerai jualan serta sesi pertemuan mendapat sambutan luar biasa daripada peserta yang hadir dari seluruh negara.

Lebih membanggakan apabila buat julung kalinya -- ODF23 yang masuk penganjuran buat kali kedua tahun ini turut melakar sejarah tersendiri dengan penglibatan peserta dari Indonesia yang dibawa khas oleh penaja utamanya Kahf, iaitu jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari negara jiran.

Meskipun aktif melakukan pelbagai sukan ekstrem dalam keadaan cuaca panas terik, peserta ODF23 kali ini kekal terlindung daripada sinaran UV apabila Kahf menawarkan sunscreen, pencuci muka dan penyegar haruman secara 'free-flow' setiap masa sepanjang festival itu berlangsung.

Terdapat 4 Kahf Resfresh Area yang disediakan khas buat peserta bagi menyegarkan diri mereka selepas melakukan kesemua aktiviti luar.

Selain itu, kemeriahan ODF23 turut diserikan dengan pemberian secara percuma sepanjang masa oleh satu lagi penaja utamanya HausBoom, iaitu jenama minuman terkenal tempatan.

Bila dah sebut berkumpul beramai-ramai di kawasan luar yang panas -- tentunya peserta mudah untuk terhidrasi atau terkena strok haba dengan cuaca panas yang kini sedang melanda negara.

Namun kesemua peserta ODF23 dari hari pertama hingga ketiga tetap terlihat aktif dan fit apabila mereka sentiasa dibekalkan dengan minuman HausBoom yang boleh mereka ambil dari beberapa booth HausBoom di tapak Resort Tasik Raban.

ODF23 kali ini buat julung kalinya juga turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada 16 pelajar sekolah swasta terletak di Bandar Sri Damansara iaitu Sri Aria School & Junior College, yang turut diiringi oleh 3 tenaga pengajarnya.

Kesemua pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun itu dilihat teruja dapat merasai pengalaman lain daripada kebiasaan dengan konsep "Bilik Darjah Bergerak" atau #classroombergerak -- bermula dari perjalanan menaiki kereta api Kuala Lumpur menuju ke Lenggong.

Rata-rata pelajar yang ditemui berasa gembira apabila berpeluang melakukan pelbagai aktiviti lasak dan ekstrem yang jarang mereka cuba seperti berkayak, stand-up paddling, zipline merentasi tasik, memanjat pokok, menaiki boat cruise serta merentas desa.

Pada tahun ini juga, buat pertama kalinya Canon Marketing Malaysia telah menjadi Rakan Pengimejan Rasmi untuk ODF23 bagi peserta merakamkan momen-momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang festival berlangsung.

Malah, peserta juga berpeluang merasai pengalaman menggunakan produk terbaharu Canon iaitu kamera PowerShot V10 yang mempunyai ciri-ciri khas bagi merakamkan gambar serta video aktiviti outdoor.

Lagi best, peserta ODF23 turut diberikan peluang mencetak gambar mereka yang diambil oleh Canon PowerShot V10 secara percuma!

Apa yang dapat disimpulkan penganjuran ODF23 berjaya mencapai objektifnya untuk mengumpulkan lebih 35 kumpulan komuniti outdoor di bawah satu bumbung bagi meraikan gaya hidup sihat!

Selain aktiviti dan sukan sedia ada -- tahun ini juga ODF23 memperkenalkan 4 aktiviti baharu yang ternyata mendapat sambutan hangat daripada peserta iaitu ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing.

Bahkan beberapa bengkel yang dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta demonstrasi membuat Kerabu Kebebe iaitu juadah ikonik Lenggong juga menjadi acara yang dinanti-nantikan peserta ODF23.

Jiwa kacau peserta ODF23 yang gundah-gulana turut 'terubat' dengan dendangan lagu serta persembahan muzik santai pada sebelah malam oleh kumpulan gig dan pemuzik tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan banyak lagi.

Bahkan malam di tapak perkhemahan juga havoc dengan pertunjukan api yang membuatkan adrenalin setiap peserta ODF23 semakin bersemangat bagi menjadikan aktiviti outdoor sebagai gaya hidup sihat meskipun mereka pulang nanti.

JOM LAYAN VIDEO ODF23 DARIPADA RILEKLAH SELAKU RAKAN MEDIA DIGITAL!

 
Destination: