"Apa Anak Aku Buat Sampai Kena Kurung?" - Bapa Luah Tidak Puas Hati, Murid Darjah 1 Dikurung
TERKINIIbu Bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah pasti bercampur-baur perasaanya. Ada yang berasa resah gelisah akan bagaimana anak mereka akan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Mana tidaknya, pertama kali anak-anak di bawah pengawasan guru-guru mereka.
Di platform Twitter, seorang bapa menciap satu pendedahan yang amat mengejutkan. Berdasarkan ciapannya yang menunjukkan tangkap layar perbualan di Whatsapp.
Allahuakbar. Apa ni ek, sampai kena kurung budak darjah satu kat dalam pagsr besi.
— Azuan Abd Ghafar (@AzuanMekanik) June 27, 2023
Siap ada TNB punya box tu, kot kalau budak tu buat main benda tu lagi tak jadi apa la.
Macam mana sekalipun tu budak darjah satu, cikgu jangan la ambil tindakkan diluar batasan. pic.twitter.com/emfapPNEzj
Bapa kepada pelajar darjah 1 tersebut mempersoal tindakan seorang guru yang tergamak untuk mengasingkan anaknya dan dikurung di dalam ruangan yang tidak selamat. Bahkan, dia berasa tindakan guru tersebut boleh merosakkan motivasi dan emosi anaknya yang baru memulakan persekolahan.
Patut la anak aku sejak darjah satu ni tak ceria macam sebelum ni pergi tadika.
— Azuan Abd Ghafar (@AzuanMekanik) June 27, 2023
Mungkin anak aku pernah kena kurung atau dia nampak kawan kawan dia pernah kena macam tu.
Itu yang buat anak aku takut nak ke sekolah.
Setakat ini tiada maklumat terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku. Mohon pihak bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan.