Sekeluarga Keracunan Makanan - Kenali Dan Elak Makan Cendawan Yang Beracun

GAYA HIDUP
July 17, 2023 - 03:49 PM


Minggu lalu kecoh apabila seorang wanita mendedahkan ahli keluarganya mengalami keracunan makanan yang teruk selepas makan hidangan cendawan yang dikatakan seperti cendawan busut. 

Menurut wanita tersebut, cendawan itu dipetik suaminya di sekitar kawasan rumah. Awalnya dia tidak menyangka cendawan begitu berbahaya kerana memiliki rupa bentuk seperti cendawan busut, lalu memasak hidangan menggunakan bahan tersebut.

Selang beberapa lama selepas makan hidangan cendawan itu, mereka sekeluarga dikejarkan ke hospital kerana muntah-muntah teruk sehingga lemah longlai.

Kita harus kenal pasti sama ada cendawan tersebut boleh dimakan atau tidak. Tambah-tambah lagi buat korang yang gemarkan camping di hutan kerana risau tersalah ambil cendawan yang beracun dijadikan sebagai makanan.

Kenali Chlorophyllum Molybdites (Cendawan Beracun)

Spesies cendawan Chlorophyllum Molybdites memiliki rupa dan saiz seperti cendawan busut. Faktor ini menjadi antara punca utama penyebab kejadian keracunan yang berlaku disebabkan cendawan.

Menurut Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook, cendawan spesies itu memiliki toksin atau racun yang boleh menyebabkan pemakannya mengalami loya, muntah dan cirit-birit.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta kesan lain seperti deman dan sakit kepala.

Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka masa panjang seperti kegagalan buah pinggang atau paling teruk, kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Keracunan cendawan Chlorophyllum Molybdites yang berwarna putih dan sedikit tompokan kecil perang itu misalnya dikatakan antara yang berbahaya. Kebiasaannya ia tumbuh secara berpasangan di atas tanah dan di kawasan berumput.

Dikatakan jika cendawan tersebut mempunyai cecincin di batangnya dan tidak mempunyai sebarang serangga atau ulat yang hinggap, ianya beracun serta elak daripada memakan cendawan itu.

Terdapat 5,000 spesies cendawan di dunia namun hanya 10% dari jumlah berkenaan yang boleh dimakan.

Simptom Termakan Cendawan Beracun

Antara gejala yang dialami adalah loya, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit perut dan ia biasanya berlaku dalam masa tiga jam selepas pengambilan cendawan tersebut.  Cirit-birit mungkin berterusan dan boleh membawa kepada terjadinya pendarahan dalam abdomen.

Jika berasa tidak sihat selepas makan cendawan, orang ramai harus segera ke klinik atau hospital untuk rawatan.

Menurut pakar, agak sukar untuk orang ramai membezakan antara cendawan yang beracun dan cendawan yang boleh dimakan. Korang kena ingat yang warna, rupa bentuk dan bau bukan penentu kepada status racun cendawan. 

Ketahui dulu reputasi cendawan itu sendiri dan elakkan dari memetik sesuka hati cendawan yang tumbuh meliar tidak diketahui statusnya.

Memasak cendawan memang dapat mengurangkan toksin cendawan namun tidak dapat menghilangkan toksik sepenuhnya. Juga elakkan dari makan cendawan secara mentah kerana tidak tahu sama ada terkandung racun atau bakteria di dalamnya.

Sumber berita : Kosmo!

@mas.ita semoga memberi pengajaran buat kita semua,agar kita dapat kenal pasti cendawan yg boleh mkn & tidak boleh makan,sangat bahaya muntah sampai nk pengsan,lemah longlai,suami teruk sikit sbb makan banyak,anak disuap sedikit& sy mkn sikit#fypシ #tiktokviral#cendawan#cendawangoreng #MYFoodie ♬ Instrumen Sholawat Sedih - Yuda pratama