"Tiada Pelari Yang Offer Diri" - Pelari Somalia Paling Perlahan Dedah Sebab Sebenar

TERKINI
August 09, 2023 - 05:20 PM


Apa cerita sebenar pelari Somalia yang menarik perhatian dunia sebelum ini? Pelari wanita bernama Nasra Abubakar Ali yang viral selepas mencatatkan waktu larian yang sangat perlahan ketika menyertai acara pecut 100 meter, tampil mendedahkan halangan yang dihadapi semasa melakukan persiapan.

Menurut Nasra, dia nekad menawarkan diri untuk mewakili Somali dalam acara itu memandangkan kategori tersebut gagal menarik minat pelari wanita dari negaranya. Tambahnya, ramai wanita takut untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan di Somalia.

Bercakap kepada wartawan Somalia, Munasar Maxamed, Nasra berkata, dia tidak cergas dari segi fizikal untuk berlari pantas kerana hanya mempunyai satu bulan untuk latihan.

“Satu bulan tidak pernah cukup untuk membuat persediaan penuh bagi pertandingan perlumbaan 100 meter,” katanya, sambil menambah bahawa sukar untuk bersaing dengan ‘atlet yang berpengalaman dan terlatih’.

Kementerian Belia dan Sukan Somalia serta menteri itu sendiri menyedari penyertaannya dalam acara itu, malah pegawai-pegawai kementerian telah menghantarnya ke lapangan terbang.

“Saya kini menjadi bahan ketawa kerana saya tidak menang. Sekiranya saya menang, mereka (kerajaan) tidak akan pernah menafikan penglibatan saya,” luah Nasra. – Agensi

Destination: