Tips Dan 4 Aplikasi Perlu Ada Bagi Yang Merancang Untuk Travel Di China

TRAVEL
August 09, 2023 - 05:59 PM


Ringkas sahaja perkongsian kali ini berdasarkan pengalaman ke Jinhua, China baru-baru ini selama 14 hari atas tujuan kerja. Mungkin ramai yang sudah maklum, namun saya kongsikan jika dapat membantu rakan-rakan yang lain yang mungkin tidak tahu. 

Umum maklum, penggunaan transaksi digital di China adalah sangat meluas, dari syarikat gergasi sehinggalah ke kedai jalanan di China. Jadi antara apps yang saya rasakan berguna dan telah saya kongsikan cara muat turun dan penggunaan seperti gambar di bawah:

Alipay (International Version) 

Apps ini dalam bahasa Inggeris walaupun tidaklah secara keseluruhannya. Sangat memudahkan untuk beli barang dan book teksi. Kadang notification/ in-apps messages dalam Chinese, kita pakai gerak hati je lah klik. Seingat saya semasa ke Kunming (Oktober 2019), Didi iaitu apps seperti grabcar masih menerima bayaran melalui cash. Namun kali ini berbeza, pengguna perlu membuat pra-bayar sebelum menaiki kenderaan.

TNG eWallet

Apps ini juga menyokong transaksi pembelian sebab dia dah link dengan alipay. Cuma kelemahan dia hanya kedai yang boleh scan kod QR kita, contoh macam kedai-kedai besar seperti 7-Eleven, Starbucks. Kebanyakan kedai kedai kecil di China, kita yang kena scan kod QR.

Internet VPN

Pada hemah saya adalah lebih baik menggunakan pakej roaming. Internet laju (Celcom-2GB/day), boleh akses semua tak perlu download VPN, walaupun habis data untuk hari tersebut, masih boleh akses at reduced speed. 

Didi di Alipay

Tips untuk makanan halal . Gunakan Didi di Alipay, masukkan keyword seperti halal, muslim, moslem atau cari sahaja masjid. Kebiasaannya sekitar masjid ada kedai/ restoran halal. 

Destination: