Tips Dan 4 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Pergi di Macedonia, Negara Balkan

TRAVEL
August 10, 2023 - 07:01 PM


Macedonia ialah salah sebuah negara Balkan selain Bosnia & Croatia. Tapi jaranglah orang Malaysia hanya melawat Skopje semata mata. Kalau buat trip Balkan mesti akan singgah Skopje. Ni antara sebab kenapa korang perlu untuk melawat Skopje.

1. Murah, ya Skopje antara yang paling murah di antara negara Balkan. Mereka menggunakan mata wang Denar. Barang asasi di supermarket pon sangat sangat murah. Sumpah akan terkejut bila cek harga.

2. Populasi Islam yang ramai. Saya agak terkejut juga bila dapat tahu di Macedonia ini terdapat hampir 30 peratus penduduk Muslim. Disebabkan itu, sangat mudah untuk mencari masjid dan makanan halal. Kebanyakan masjid dan restoran halal terletak di Old Bazaar. Azan pula dipasang dengan loudspeaker even negara bukan majoriti Islam.

3. Pengangkutan awam yang selesa. Di Skopje pengangkutan awam utama adalah bas. Anda boleh navigate dengan menggunakan Google Maps. Bas diorang dua tingkat dan berwarna merah ala ala bas dekat London. Tapi yang paling best bas dia buka aircond full volume terus. Saya datang ke Skopje ketika musim panas memang sangat nyaman duduk dalam bas. Tapi janganlah compare bas di sini dengan di negara maju Eropah sana. Bas di sini biasa dan tidak tepati masa. Tapi at least bolehlah guna.

* bas hanya terima kad khas sahaja. Jadi kena beli kad. Kaunter dia bukan dalam stesen bas. Dia dekat hujung tempat parking bas. Kaunter dia adalah bas berwarna kuning yang diorang ubah jadi kaunter tiket. 😆 lama juga la nak cari baru jumpa

4. Antara tempat yang boleh anda pergi adalah Old Bazaar, Macedonia Square, Stone Bridge dan Matka Canyon

Matka Canyon

- terletak lebih kurang sejam daripada city center Skopje. Tapi actually kalian boleh pergi ke sana dengan public transport.

- naik bas no 60 daripada Skopje Bus station.

- kekerapan bas adalah sejam sekali. Bermula seawal 7 pagi

- boleh gunakan kad yang kalian beli untuk public transport juga

- bas akan turun di tepi sungai kecil, tak ada pondok bas pon. Jalan depan sikit dah sampai Matka Canyon.

Apa yang boleh buat di Matka Canyon😙?

- kayak ( 30 minit: rm15), naik bot utk melawat gua, hiking. Air dia warna hijau hijau gitu. Sangat sangat cantik.

Old Bazaar

- kawasan bazaar ala ala di Turki. Banyak restoran halal dan souvenir.

- terdapat masjid di sekitar old Bazaar.

- Tak jauh daripada Macedonian Square. Boleh berjalan merentasi Stone Bridge sebelum sampai ke Bazaar.

Macedonian Square

- kawasan tumpuan utama di Skopje, ada banyak kedai mahal di sekitarnya

- ada statue Alexander the Great. Besar betul.

- sangat sangat banyak statue di kawasan ini sampai anda tak tahu statue tu untuk siapa.

- di seberang sungai ada beberapa muzium yang berbaloi untuk dilawati.

In conclusion, Skopje ni sebuah negara yang berbaloi untuk dilawati. Jangan skip negara ni kalau buat trip Balkan.

Perkongsian: Aisar Darwisy

Destination: