"Hari Terindah Bertukar Sayu" - Pengantin Dikejutkan Dengan Pemergian Ibu Lepas 30 Minit Nikah
TERKINIRezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Allah SWT. Itulah antara ungkapan yang kita sering dengar namun berapa ramai yang benar-benar menghayati ungkapan tersebut. Viral di platform TikTok, satu video yang memberi kita satu peringatan.
Seorang wanita yang menanti hari bahagianya untuk dipersatukan bersama sang suami, diuji dengan satu ujian yang berat. Si ibu pergi meninggalkannya buat selamanya 30 minit selepas dia bergelar seorang isteri.
@mawiekhaili Sedekahkan al fatihah itu ibunda ika@Boonga ♬ Sad - Enchan
Berdasarkan video, si pengantin perempuan dikejutkan dengan berita ibunya yang sedang nazak selepas 30 minit selesai nikah. Dia pun bergegas ke hospital untuk melihat ibunya buat kali terakhir. Dengan rasa sayu kehilangan ibu tersayang, majlis persandingan terpaksa diteruskan demi menghormati tetamu yang hadir
Video tersebut telah dikongsi oleh @mawiekhaili yang merupakan rakan baik pengantin wanita itu,
Menurut Mawie, rakan baiknya yang juga pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Ika telah melangsungkan majlis pernikahannya pada Sabtu lalu, 26 Ogos 2023.