"Tips Nak Cantik, Makanlah Burung Merpati" - Perkongsian Wanita Ini Undang Kritikan Ramai

TERKINI
September 11, 2023 - 05:51 PM


Petua untuk kelihatan cantik yang dikongsikan oleh seorang wanita di X (Twitter) baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Menerusi posting oleh Unna Delana -- wanita itu berkongsi dua swafotonya berwajah jelita, juga hidangan nasi putih bersama kacang botol, budu dan burung merpati goreng kunyit.

Perkongsiannya itu bagaimanapun mengundang kecaman kerana ada warganet menganggap haiwan itu tidak patut dimakan dan akan menyebabkan pasangan merpati hidup merana.

ā€œMerpati ni burung yang monogamous (satu pasangan sepanjang hayat).

ā€œKalau pasangan dia mati (dalam hal ni kena makan dengan kau), pasangan yang hidup akan meroyan dan merana sepanjang hayatnya disebabkan kehilangan pasangan,ā€ tulis pelayar tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa warganet yang turut mempersoalkan kenapa burung merpati menjadi pilihan untuk dimakan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berkongsi hasil carian di internet menyatakan haiwan tersebut tidak sesuai untuk dimakan kerana ia disamakan dengan ā€˜tikus di langitā€™.

ā€œBukan ke merpati ni dipanggil 'rat of the sky' sebab ia merupakan haiwan pembawa pelbagai jenis penyakit,ā€ tulisnya.

Menurut portal Maktabah Al-Bakri, burung merpati termasuk dalam jenis burung yang halal untuk dimakan.

Kesemuanya adalah halal dimakan dengan syarat ia disembelih terlebih dahulu sebagaimana
sembelihan yang dikehendaki oleh syarak.

Destination: