"Setakat 8 Hengget, Aku Tak Heran" - Berang Ditegur, Peniaga Campak Duit Halau Pelanggan

TERKINI
September 14, 2023 - 04:56 PM


Budi bahasa budaya kita. Itulah antara nilai murni yang patut dterapkan pada diri setiap rakyat Malaysia. Selain dari menjadi seorang peniaga yang bijak dan cekap, budi bahasa sesama pelanggan juga menjadi faktor kejayaan suatu perniagaan.

Baru-baru ini viral, perkongsian dari pengguna X @azmaneffendie yang mendedahkan budi pekerti seorang peniaga warung ikan bakar popular di Kuala Perlis.

Menurut Farah, pada mulanya mereka hadir ke kedai di Kuala Perlis ini untuk membuat tempahan makanan yang mahu dipesan. Situasi secara tiba-tiba menjadi panas apabila terdapat rakan wanita ini mahu menukar tempahan yang sekaligus membuat pekedai berang sekaligus mengadu kepada pekerja kedai tersebut.

“Hang layan sat depa ni, banyak tanya sangat” ulas pekedai ini kepada pekerjanya.

Difahamkan pekedai ini turut melayan pelanggan-pelanggan lain dengan cara yang dikatakan sangat biadap. Situasi yang dilihat Farah bersama rakan-rakannya membuatkan beliau terpanggil untuk menegur pekedai ini secara baik sewaktu membuat bayaran makanan berharga RM8.

“Lain kali layan customer elok-elok na” tegur wanita ini secara baik.

Teguran yang dibuat wanita ini sekaligus telah membuat pekedai ini menjadi lebih berang dan mengamuk yang sekaligus telah mendapat perhatian orang ramai sekeliling. Farah walau bagaimanapun memaklumkan beliau seterusnya ke meja makan.

Tidak lama selepas itu, pekedai ini dengan mimik muka penuh rasa marah tampil ke meja makan mereka lalu mencampak duit berjumlah RM8 kepada Farah.

“Hang anak dara lagi buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang

Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi, hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jahanam” luah pekedai ini dengan penuh rasa marah.

Lebih mengejutkan, Farah turut memaklumkan pekedai ini seolah mahu membaling selipar ke arah beliau hanya disebabkan teguran yang dibuat. Pekedai ini turut memaklumkan sedia menularkan insiden melibatkan beliau serta Farah. 

Sebelum pulang, pekedai ini menjelaskan hanya Farah selaku wanita yang menegur beliau dikecualikan bayaran manakala rakan-rakannya masih perlu membayar makanan seperti biasa.

Berdasarkan review yang ada di Google, rata-rata pelanggan meninggalkan komen yang buruk. Sekaligus membuktikan ini bukan perkara yang baru di premis tersebut. Berita terkini, difahamkan salah seorang daripada wakil Kak Ema Ikan Bakar di Kuala Perlis ini tampil memohon wanita ini memadamkan video tersebut serta memaklumkan untuk menyelesaikan isu ini secara baik.

 

Destination: