"Ride Santai Tengah Sawah" - Tarikan Menarik Di Selangor, Main ATV Tengah Sawah!

TRAVEL
September 15, 2023 - 04:04 PM


Menjelang cuti hujung minggu ni, mesti ramai yang sibuk memikir aktiviti apa yang best dan menarik untuk dilakukan. Nak keluar bercuti, modal kena ada lebih, sesak dengan pengunjung pulak tu. Apa kata korang yang tinggal di kawasan bandar lembah Klang ni, keluar berjalan ke Kuala Selangor!

Di Kuala Selangor, atau lebih tepat lagi di Tanjung Karang, ada aktiviti menarik menanti korang! Di ATV Kunci Air Buang, korang boleh mencuba aktiviti sukan lasak iaitu bermain ATV! Uniknya di sini, litar telah dibuat khas ditengah sawah!

@pedzulkefli

Main ATV tengah sawah KAT SELANGOR je! Pakej drone RM50 & atv kids pun ada.

♬ ... is sweaty - Kellan

Aktiviti bermain ATV di sini amat sesuai untuk keluarga mahupun dengan kawan-kawan. ATV untuk kanak-kanak pun ada tau. Faktor keselamatan, jangan risau kerana anda bakal diselia oleh pakar yang bertauliah! Lagi best kalau anda ambil sekali pakej drone, boleh simpan video rakaman segala aksi anda di litar sebagai kenangan!

*Harga dikenakan pula amat berpatutan, iaitu RM50 untuk 30 minit & RM80 untuk satu jam

Lokasi: ATV Kunci Air Buang

Alamat: LOT 4004,BLOCK L SAWAH SEMPADAN 45500 TANJONG KARANG.

No Telefon:  017 - 2242590 

Waktu Operasi: 9am - 6pm

 

Sumber dan Kredit@pedzulkefli (TikTok)

Destination: