"Satu Bangunan, Aku Sorang Je Check In" - Pemancing Kongsi Review Hotel Seram

TERKINI
September 18, 2023 - 04:46 PM


Antara perkara yang mengujakan para pemancing, sudah tentunya mencari port-port mancing yang baru dan tersembunyi. Bila mencari sesuatu yang tersembunyi, pemancing mungkin perlu bermalam di suatu tempat yang asing.

Itu yang berlaku terhadap seorang pemancing, di mana dia terpaksa bermalam di suatu hotel yang agak sunyi,. Lebih memburukkan keadaan, hanya dia seorang sahaja pelanggan yang akan bermalam di hotel tersebut.

@malaysianupdatenews Mana punya hotel la brader ni dapat ni. Memang auto checkout la! 🤣 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp #fypシ ♬ original sound - Malaysian Update

Pada awalnya, dia memilih untuk bermalam di hotel tersebut atas faktor harga yang munasabah iaitu RM60 untuk satu malam. Menurutnya, dia mahu bermalam di hotel itu untuk berehat setelah selesai memancing dan menyelesaikan sesi editing videonya.

Namun, siapa sangka biarpun baru 30 minit selepas check-in hajatnya untuk beristirehat dibatalkan kerana diganggu oleh suatu entiti. Beberapa insiden berlaku sebaik sahaja dia masuk ke bilik hotel tersebut. Tiba-tiba mendengar bilik pintunya diketuk dan ada sesuatu yang menarik tirai di dalam tandas

Dia menegaskan dia sanggup untuk berkorban RM60 demi keselamatan diri, mental dan juga imannya. Ramai netizen yang meneka-neka lokasi hotel tersebut. Namun setakat ini, nama hotel yang dikatakan keras itu masih menjadi misteri.

Destination: