Budak Rohingya Biadap, Sanggup Campak Kek Batik Yang Diberi Sebagai Sedekah

TERKINI
May 15, 2024 - 03:16 PM


Isu lambakan warga asing termasuk pelarian Rohingya bukan satu isu baru dalam negara. Jika ditanya pengalaman bersama mereka, pasti ada sahaja kisah yang tidak sedap untuk didengar. 

Baru-baru ini, satu video yang melibatkan seorang kanak-kanak Rohingya menjadi bualan warganet.

Menerusi video dimuat naik TikTok @sapimonyanyoo_3, budak perempuan itu datang mengetuk tingkap kereta seorang wanita.

@sapimonyanyoo_3 Replying to @Mira ♬ original sound - Sapimonyayoo 🍌

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat empati dan suka membantu. Secara spontan, pemandu membuka tingkap. Budak Rohingya tersebut cuba berkomunikasi dengan menyebut ‘makan’ lalu menunjukkan sebuah bekas berisi potongan kek batik Sarawak.

Apabila pemandu kereta memberikan kek itu kepadanya, budak perempuan tersebut meluahkan dan terus membuang kek tersebut.

Terkejut dengan tindakan budak itu, wanita itu berasa kecewa dan menegaskan kek itu bukanlah satu benda yang murah. Wanita itu pun menutup tingkap dan enggan melayan kerenah budak Rohingya berkenaan. Jadi, anda pernah tak melalui pengalaman sebegini? Patut atau tidak kita hulurkan bantuan pada mereka? 

 

Destination: