[VIDEO] Kelibat Misteri Lempar Batu Di Cheras! Habis Pecah Cermin Kereta!

TERKINI
June 12, 2023 - 11:36 AM


Kebelakangan ni, banyak sangat insiden yang pelik-pelik berlaku di negara kita. Terbaru, viral di platform TikTok satu inisden yang mengejutkan netizen. 

@vyberliaw This happened to us on our way back from Mytown Cheras at 12am. #crime #malaysia #incident #fyp #fypシ #foryou #cheras #mytown #mytownkl #mytowncheras #policemalaysia #malaysiaboleh #malaysiatiktok #malaysiapolice #myfm #hitzfm #flyfm #hotfm #erafm #mixfm #melodyfm #988fm #mediaprima #onefm #goxuan #aifm #litefm #astro #beritatiktok #beritaterkini #beritahariini #beritaharian ♬ original sound - Vyber

Insiden menyeramkan ini melibatkan satu pasangan yang sedang memandu melalui satu jalan berhampiran  dengan pusat membeli-belah terkenal di Cheras pada pukul 12 tengah malam. Berdasarkan video, kelihatan satu kelibat yang mencurigakan di tepi jalan.

Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Firasat mereka benar, sebaik sahaja mereka melalui jalan tersebut secara tiba-tiba kereta mereka diserang. Kelibat misteri yang mereka lihat sebentar tadi dipercayai membaling batu ke arah kereta mereka.

Batu yang dibaling mengakibatkan cermin belakang kereta pecah, dan bukti batu yang dibaling juga ada di dalam kereta. Insiden tersebut ternyata membuatkan netizen berasa risau akan keselamat diri dan keluarga. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan menahan si pelaku.

 

Destination: