"Coldplay Tak Bina Stage Atas Padang"- Perancangan PSM Jaga Kualiti Rumput
SUKANIsu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan ekoran keadaan padang yang teruk ketika berlangsung perlawanan Pesta Bola Merdeka yang membabitkan pasukan negara dengan India, sabtu lepas.
Keadaan rumput yang tercabut itu dikatakan kerana rumput yang ditanam belum cukup matang dan memerlukan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk akar padang kuat.
Kini, peminat mula risau akan kualiti padang dan perancangan dari pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memandangkan akan ada perlawanan kelayakan Piada Dunia diikuti dengan konsert Coldplay yang akan berlangsung bulan hadapan.
Menerusi podcast Harimau Malaya, pengerusinya, Datuk Hans Isaac menjelaskan bahawa pihaknya akan menjaga kualiti padang dengan menutup stadium tersebut sebaik sahaja perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka antara Malaysia dengan Tajikistan tamat.
"Selepas final esok, kami akan tutup padang ini. Tiada siapa boleh pakai sehingga kelayakan Piala Dunia pada 16 November," ujarnya.
Ditanya tentang penjagaan padang ketika konser Coldplay, Hans menjelaskan bahawa pentas untuk band itu akan dibina atas track larian.
"Krew teknikal Coldplay akan bina stage bukan atas padang. Mereka akan bina atas track", katanya jelas.
Kredit: TikTok Harimau Malaya
Gambar: Berita Harian