"Dialog Melampau Sangat Ni!" - Drama Baru Surat Dari Tuhan Cetus Kontroversi, Petik Makam Rasulullah
HIBURANBiarpun baru satu episod ditayangkan malam tadi, drama bersiri terbaharu di slot Samarinda TV3 iaitu Surat dari Tuhan arahan Pali Yahya mencetus kontroversi di kalangan penonton lebih-lebih lagi yang beragam islam.
Drama yang dibintangi oleh Shukri Yahaya, Janna Nick dan Ummi Nazeera itu pada awalnya melahirkan rasa teruja di kalangan peminat. Namun sebaliknya berlaku, drama ini telah mendapat kecaman yang hebat dari penonton dan juga perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma' Harun.
Semuanya berpunca dari dialong pada babak yang ditampilkan untuk video promosi yang viral di media sosial.
Rasanya tak boleh kan ‘skrip’ macam ni? Even hanya lakonan dan tak berniat tetap tak boleh kan? Mohon pencerahan. pic.twitter.com/QoprzTrH1m
— AL (@ciraplaici) October 30, 2023
Dikhabarkan, penggambaran beberapa babak dalam drama ini dijalankan di Mekah. Tetapi bukan itu persoalannya. Yang membuat penonton berasa marah dan kecewa adalah dialog yang disampaikan oleh para pelakon, lebih-lebih lagi babak Janna Nick yang agak melampau dan tidak sesuai keranan berlatarbelakangkan Tanah Suci, Mekah
Ustazah Asma' Harun menzahirkan rasa kecewanya melalui satu sesi live di platform TikTok. Sekaligus menegur keseluruhan pihak produksi yang dianggap mengambil ringan isu dialog yang dibuat untuk drama ini.
@izamuhamad_lerve Teguran kasih sayang dari ustazah dan kami #dramatv3 #suratdarituhan #tv3 ♬ bunyi asal - Iza Muhamad
Ustazah Asma' sekiranya lokasi tersebut bukannya di Tanah Suci sekalipun, dialog tersebut juga tidak wajar dipertuturkan. Beliau juga menegur pihak produksi supaya meneliti dahulu drama tersebut sebelum dipertontonkan supaya sensitiviti umat Islam dapat dijaga.
Bukan babak itu sahaja yang dikatakan agak melampau, bahkan ada satu babak di dalam bas dimana seorang ustaz memberikan penerangan dan Janna Nick yang membawa watak Misha memarahi ustaz tersebut supaya mempercepatkan perjalanan dan turut mengutuk tempat yang dilalui mereka busuk.