Raja Permaisuri Agong Berkenan Jadikan Budak "Werewolf" Anak Angkat

TERKINI
November 01, 2023 - 01:09 PM


Sebuah keluarga dari Bintulu mendapat surat dari Istana Negara. Surat berkenaan menyatakan bahawa Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengambil kanak-kanak bernama Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat.

Surat rasmi tersebut memberikan beberapa maklumat tentang pengambilan anak angkat ini. Raja Permaisuri, dengan hati yang penuh belas ihsan, berhasrat untuk memberikan peluang terbaik kepada Missclyen, termasuk pendidikan dan kesejahteraan.

Khabar itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Facebook yang memuat naik gambar surat istana bertarikh 10 Oktober 2023, berhubung pengambilan anak angkat itu.

 

“Waba’dah Ehwal Beta berhasrat untuk mengambil Missclyen sebagai anak angkat. Dalam hubungan ini, Beta akan memberikan perbelanjaan melalui Tuan sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan Missclyen.

“Selain itu juga Beta akan menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit Hypertrichosis atau Sindrom Werewolf yang dihadapinya.

“Beta berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban Tuan dan pacai pondok dalam menjaga dan membesarkan Missclyen,” tulis kenyataan dalam surat berkenaan.

Sementara itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Na itu turut menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang diperolehi Missclyen.

“Rasa macam mimpi…. bila ayah awak (ayah Missclyen) tadi bagitahu sesuatu and send surat. Bila saya baca rupanya surat pengambilan anak angkat dari Tuanku Permaisuri.

“Cukup bertuah kau dik (Missclyen). Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Nanti lama la kita tak bersama kalau awak dah dibawa orang ke sana…air mata ni tak berhenti mengalir sebab terlalu happy,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Alhamdulillah, semoga semua urusan dipermudahkan.

 

Kredit: Media Variasi

Destination: