"Orang Dah Takda, Tak Perlu Bertekak" - Uqasha Berang Dituduh Jadi Punca Kematian 'Mangsa Buli'
HIBURANKecoh di platform X, satu ciapan yang mengaitkan pelakon popular Uqasha Senrose menjadi punca kematian seorang yang didakwa mangsa buli zaman sekolah.
Uqasha yang bersiaran langsung di TikTok dengan individu terbabit sebentar tadi turut menasihatkan wanita tersebut untuk menjaga kata-kata dan tidak mencampuri urusan yang tidak ada kena mengena dengannya.
Siapa ni ek ajak Uqasha Senrose gocoh2 pasal buli tu? pastu “at the end of the day kebenaran dekat padang mahsyar” 🤌🏻🤌🏻🤌🏻🤌🏻 pic.twitter.com/nvbdjZC4E3
— aLeL 🍊 (@AzlilAdzif) November 3, 2023
“Saya dah lalui macam-macam dalam industri seni ini. Saya menangis bukan sebab sedih tetapi sakit hati dengan hati dan mulut orang. Kalau ada salah saya, bagitahu depan-depan.
“Media sosial bukan medium untuk buka aib sesiapa. Kalau tidak melibatkan anda, jaga kata-kata. Jangan masuk campur. Kawan dia baru meninggal dunia, cakaplah benda elok-elok.
“Sebelum mengaku itu adalah salah faham, untuk apa ciap begitu? Siap petik nama saya sekali? Boleh bersemuka, cari jalan untuk jumpa saya. Bukan begini caranya,” ujar Uqasha.
Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia ralat kerana tidak sempat berjumpa dengan Allahyarham untuk merungkai dakwaan buli yang pernah dilemparkan terhadapnya.
“Saya ralat sebab tak sempat jumpa dia. Saya sendiri tidak tahu. Mungkin saya tak layan dia langsung ketika zaman sekolah atau macam mana? Saya tak tahu kepastian.
“Tak sempat untuk saya berjumpa, bercakap dan bersemuka. Kes yang didakwa berlaku itu sudah 15 tahun berlalu. Ada yang didakwa itu juga mengacau emosi saya,” katanya.