Caprice 'Settlekan' Saman Pemuda Conteng Perkataan ‘Terrorist’ Pada Tembok Kedutaan AS

TERKINI
November 09, 2023 - 01:13 PM


Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membantu seorang pemuda yang dikenakan saman berjumlah RM 1,000 kerana menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas) menggunakan penyembur cat warna merah.

Menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, penyanyi rap tersebut memuat naik resit bank yang menunjukkan dia membuat pemindahan wang kepada akaun pemuda tersebut.

"Selesai," jelasnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut.

Sebelum ini, penyanyi tersebut meminta pengikutnya untuk memberitahu pemuda tersebut bahawa dia akan membayar saman berjumlah RM1,000 bagi pihaknya.

“Siapa-siapa kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 itu (saman), saya ‘payung’ (bayarkan). Insya-Allah jualan hari ini memang padu,” ujar Caprice.

Niat baik pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya membantu pemuda tersebut menyelesaikan saman.

Terdahulu, majistret Wong Chai Sia hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, selepas tertuduh yang bekerja sebagai jurutera projek itu mengaku bersalah atas pertuduhan kesalahan menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas).

 

Kredit: Mstar

Destination: