"Saya Dengar Bisikan Suruh Terjun Balkoni" - Khai Bahar Dedah Alami Anxiety

HIBURAN
November 09, 2023 - 01:42 PM


Penyanyi popular, Khai Bahar mendedahkan dirinya pernah berdepan dengan serangan 'anxiety' (kebimbangan melampau) sehingga mendengar bisikan untuk mencederakan diri sendiri.

Pelantun lagu Bayang dan Selagi Aku Ada itu mendedahkan perubahan emosinya berlaku secara tiba-tiba. Lebih parah lagi, penyakit mental yang dialami selama lebih setahun itu pernah berada pada tahap ekstrem apabila mula mendakwa mendengar bisikan mengarahkan beliau mencederakan diri sendiri.

“Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba murung dan over thinking. Kadang-kala ketika hendak tidur saya pernah mendengar bisikan menyebabkan saya (tertanya-tanya) apa yang berlaku kepada diri.

“Perkara itu berlarutan selama setahun lebih, saya struggle dengan anxiety. Hendak tidur tak boleh, sesak nafas.

Khai yang bimbang tidak dapat mengawal diri cuba mengambil langkah keselamatan dengan bertindak menyembunyikan peralatan tajam.

"Pernah satu ketika, saya menyimpan pisau di dalam almari kerana tidak mahu mencederakan diri sendiri kerana mendengar pelbagai bisikan. Malah, saya juga mendengar suara yang menyarankan saya untuk terjun balkoni di kondominium yang didiami," jelas penyanyi tersebut.

Pemilik kepada nama Muhammad Khairul Baharuddin ini mengambil pendekatan dengan mengajak adik-beradiknya untuk tinggal bersama di ibu kota sebagai salah satu langkah menangani 'anxiety' yang dialami itu.

"Oleh itu, saya mengambil langkah mengajak adik-beradik bersama pasangan mereka untuk tinggal bersama saya. Pelbagai ikhtiar yang saya lakukan untuk mengelak diri melakukan perkara yang tidak diingini," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Khai juga turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menangani 'anxiety' yang dialami dan berkongsi perkara itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit mental itu.

"Kita tahu apa yang terbaik untuk tubuh kita, jadi kita tahu apa yang harus dilakukan dan dielakkan daripada terkena serangan kebimbangan melampau ini. Jadi saya melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan serangan ini tidak lagi menyerang diri saya.

"Kepada semua pesakit mental yang melalui fasa yang sukar, percaya semua ini ada hikmah disebaliknya. Segera dapatkan bantuan pakar psikiatri dan jangan malu kerana penyakit berkaitan kesihatan mental," katanya pada program One On One.

Untuk mereka yang ada masalah sama dengan Khai ini, cepat-cepatlah ke hospital. Dapatkan bantuan dengan segera.

 

Kredit: Sinar &  Harian Metro

Destination: