"From McD To McMing" - Khairul Aming Kongsi Resepi Burger Ala Prosperity RM1.99. Nak Buka Kedai Sebelah Tol Gombak?

FOODIE
December 08, 2023 - 03:24 PM


Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ramai yang mengenali pempengaruh dan juga usahawan terkenal itu

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming sekali lagi mendapat tumpuan ramai apabila dia tampil dengan video resepi terbaharunya iaitu menu hidangan diberi nama ‘McMing Burger’.

Kali ini, dia telah berkongsi cara memasak menu Burger Prosperity ala-ala restoran makanan segera terkenal dunia iaitu McDonald’s yang sering menjadi rebutan ramai kerana dijual pada waktu tertentu sahaja.



“Selamat datang ke restoran McMing, ramai yang request buat video ala prosperity yang boleh kita buat dekat rumah,” katanya dalam video berkenaan.

Khairul Aming juga sempat berseloroh bahawa dia akan membuka sebuah restoran untuk menjual McMing Burger itu.

“Set McMing ini aku caj RM1.99, harga tengah promo.

“Tapi restoran tak decide lagi nak buka dekat mana. Aku buka dekat sebelah tol Gombak kot. Haa, jemputlah datang ramai-ramai opening nanti,” 
katanya.

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 2.1M tontonan, 38K tanda suka dan 403 komen di platform X.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Sumber: Says.com

Destination: