Ajak Geng Muda Penuhkan Masjid Waktu Subuh, Ramai Puji Cara Alif Satar Berdakwah

HIBURAN
January 02, 2024 - 11:13 AM


Nama penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar kini menjadi sebutan orang ramai kerana bijak menggunakan pengaruh untuk mengajak golongan anak muda memenuhkan masjid pada waktu subuh.

Usaha Alif mengadakan program yang dikenali sebagai #gengsubuhmacamjumaat itu membuahkan hasil apabila ramai orang memuat naik sejumlah video di media sosial yang memperlihatkan anak muda memenuhi masjid pada waktu Subuh.

Menerusi sebuah video di TikTok, kelihatan hampir 3,000 jemaah berkumpul di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara untuk solat subuh berjemaah dan kuliah subuh.

@bajusuperman8009 #gengsubuhmacamjumaat ♬ камин. - أَرِيـٰنُوسْ .

Bukan sahaja di masjid tersebut, difahamkan, masjid-masjid lain juga turut mengalami peningkatan jemaah solat jumaat terutama dari golongan muda. Selain itu, Alif juga dikhabarkan akan melawat masjid-masjid lain.

Terkini, Alif dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya telah mengadakan satu cabaran sempena tahun baharu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Menerusi video tersebut, Alif memberi satu cabaran kepada orang ramai untuk mengerjakan solat subuh di masjid selama 40 hari. 

Usaha Alif itu mendapat pujian ramai termasuk rakan selebriti kerana bijak menggunakan pengaruh dan populariti yang ada untuk berdakwah dan menunjukkan tauladan yang baik kepada golongan muda.

"Sokong! Ini contoh influencer sebenar.

"Power betul aura @alifsatar ni! Sebak bila dengar gema jemaah mengaminkan qunut nazilah tadi.

"Challenge Accepted ✅️ Tahniah pada semua Pejuang Subuh," komen mereka.

 

Sumber: Instagram 

Destination: