"Apa Yang Saya Belajar Takda Kaitan Dengan Kerjaya" - As'ad Motawh Anggap Sekolah Buang Masa, Tahu Cara Buat Duit

HIBURAN
January 05, 2024 - 12:52 PM


Penyanyi muda, Asád Motawh menjadi perhatian segelintir netizen selepas kenyataannya berkaitan sekolah adalah membuang masa mencetuskan kemarahan umum.

Asad atau As’ad Ahmad Muhammad Motawh dalam satu podcast bersama influencer Azri Walter dan Yousaf di aplikasi TikTok berkata, pekerjaan yang dilakukannya sekarang tiada kaitan dengan apa yang dipelajarinya ketika di sekolah. 

@youusaff

Korang sekolah sampai umur berapa?

♬ original sound - Yousaf

“Bagi saya sendiri, ketika saya masih di usia muda, dari segala aspek yang saya lakukan ketika ini, kebanyakan masa yang diluangkan di sekolah adalah membuang masa sebenarnya.

“Secara jujurnya, benda yang saya belajar di sekolah dan apa yang saya buat sekarang, tiada kaitan. Saya mahu berhenti sekolah dan mula belajar di rumah. Saya ketika itu juga sudah membina kerjaya sendiri juga," katanya.

Selain itu, Asad turut menceritakan mengapa dia mengambil keputusan untuk berhenti bersekolah dan mula belajar di rumah. Keputusan itu diambilnya selepas memilik lebih 300,000 pengikut di Instagram dan boleh bernyanyi.

"Ketika Asad mempertimbangkan berhenti sekolah dan mula belajar di homeschool, sebab Asad sudah membina benda lain. Asad dah ada 300 ribu pengikut di Instagram pada masa itu dan saya tahu cara untuk buat duit daripadanya dengan menyanyi.

"Sebab tu, pilihlah sama ada nak meneruskan belajar sepenuh masa atau belajar separuh masa, di rumah buat homeschool, sambil membina karier saya. Jadi saya sudah ada pilihan," ujarnya.

Asád dalam video sama juga berkata, sistem persekolahan perlu diubah terutama era modenisasi yang semakin pesat membangun menjadikan anak muda lebih ke hadapan dan terbuka dengan pelbagai cabang fikiran berbeza.

"Sistem persekolahan boleh diubah. Kerana kita hidup di dalam dunia moden di mana segalanya sentiasa berubah tetapi sistem persekolahan pula sentiasa sama sejak dari dulu. Anda tahu kan, ianya bergantung kepada apa yang anda mahu buat di dalam hidup anda, dan saya faham, tak semua orang akan berjaya.

“Memetik kata-kata seseorang, sekolah ini dicipta untuk melahirkan generasi pekerja. Tetapi saya sendiri, tak minat sistem bersekolah itu. Tak minat sangat. Tetapi jangan pula anda semua berhenti sekolah," katanya lagi.

Kenyataan tersebut mengundang kecaman segelintir warganet yang risau ramai anak muda mengambil serius dengan tindakan tersebut dan melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

 

Kredit: TikTok & Utusan Malaysia

Destination: