Cadangkan Rumah Pelacuran Untuk Pekerja Asing, Rosyam Nor Teruk Dikecam

HIBURAN
January 08, 2024 - 03:09 PM


Nama pelakon terkenal, Rosyam Nor sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila mengeluarkan satu kenyataan tentang perlunya rumah pelacuran di Malaysia untuk para pekerja asing.

Rosyam Nor berkata sedemikian dalam satu podcast bertajuk Hitam Putih Kehidupan di Tiktok. Menerusi video tersebut, Rosyam meluahkan tentang isu video porno dan mengaitkannya dengan pekerja asing selain menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 3 juta pendatang asing datang bekerja di negara kita dan rata-ratanya merupakan kaum lelaki.

@suhanchannelofficial Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] - PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita ♬ original sound - Podcast Hitam Putih Kehidupan

"Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.

"Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ (melanggan pelacur) di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, sebahagian warganet bersetuju dengan pendapat pelakon itu manakala sebahagian lagi tidak. 

Malah, ada juga netizen yang menyatakan pendapat Rosyam Nor itu jauh tersimpang dari ajaran Islam.

 

Sumber: TikTok

Destination: