Dibandingkan Dengan Sloth, Pengguna Kecewa CelcomDigi Semakin Lembab!

GAYA HIDUP
January 11, 2024 - 01:03 PM


Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1 peratus.

Setelah selesai, Axiata menerima saham Digi yang baru diterbitkan mewakili 33.1 peratus serta tunai berjumlah RM2.5 bilion yang dibiayai oleh Digi dan akan diambil alih oleh entiti gabungan (Celcom Digi).

Digi juga menerbitkan saham untuk Telenor bagi mencapai pemilikan yang sama susulan pembayaran Telenor sebanyak RM300 juta kepada Axiata.

‘Celcom Digi sejak diijabkabul ni, line internet memang level Sloth eh?’

Sejak Celcom dan Digi bergabung, seorang pengguna di laman X telah mengadu bahawa talian internet di kawasannya kerap mengalami gangguan.

Pengguna terbabit yang dikenali sebagai Philosaper Nani berkata, “Tumpang tanya. Celcom Digi ini sejak dah diijabkabul ni, memang ada pertelingkahan rumah tangga ke?

“Saya faham korang sejak menikah ni selalu bergaduh. Tetapi kenapa kami, pengguna ini kena tempias korang? Apa benda (kelajuan) internet level Sloth ni ha?

“Cerai sajalah senang.”

Ciapan tersebut telah mengundang para pengguna lain Celcom Digi untuk turut tampil meluahkan rasa yang sama.

Seorang netizen berkata, “Eh betul la. Dulu tak ada hal duduk ceruk mana guna Digi. Sekarang ni kat rumah pun selalu tak ada line. Tengah hari tadi, 4G full line tapi semua slow. Dulu sebelum bergabung, ramai maki. Elok dia respond. Sekarang ni buat tak tahu.”

Netizen lain menambah, “Betul. Celcom Digi memang line problem. Bila call customer services, dia suruh restart phone la apa la. Lepas tu cakap dalam sistem diorang semua okay. Last-last bila kena maki, dia letak phone gitu je.”

Pengguna-pengguna ini berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak Celcom Digi. -The Reporter