Rakam & Jual Video Seks Sehingga Raih RM120k, 'Hot Daddy' Akhirnya Ditangkap Polis

TERKINI
January 19, 2024 - 11:26 AM


Pihak polis akhirnya berjaya membongkar kes jenayah seksual yang pertama di negara ini apabila menahan seorang ‘gigolo’ tempatan kerana merakam dan menjual video lucahnya dengan melakukan hubungan seks bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks.

Suspek yang berusia 31 tahun itu menjual video lucah di media sosial sejak Julai lalu sebelum dicekup di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, pada jam 2.30 petang semalam.

Dalam serbuan yang sama, polis juga menahan dua teman wanita suspek, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun, yang turut terlibat dalam aksi seks video yang dijual kepada orang ramai. Selain itu, polis juga turut menahan bapa suspek yang turut menginap rumah itu.

Bagi maklumat lanjut, ini dia trivia berkenaan dengan suspek:

1. Suspek yang dikenali sebagai 'Hot Daddy' di platform media sosial X pernah dua kali berkahwin dan cerai. Hasil perkahwinan terdahulu, 'Hot Daddy' ini memiliki 2 orang anak lelaki yang masih kecil.

2. Suspek ada awalnya menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu.

3. Untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video lucah bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu.

4. Suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo (diupah untuk khidmat seks). Pihak polis mendapati beliau merakam aksi seksnya meniduri sekumpulan wanita yang dikenalinya menerusi media sosial untuk dijual.

5. Video-video seks suspek dilanggan oleh lebih 2,600 warga tempatan yang membayar antara RM20 dan RM100 sebulan sebagai yuran untuk menontonnya dalam talian.

 

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” kata pihak polis.

“Polis menemui kesemua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Pagi tadi, suspek bersama dua teman wanitanya direman selama lima hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 19 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata kes itu pertama kali dikesan berlaku di negara ini dan harus dibanteras secara besar-besaran kerana dikhuatiri boleh merosakkan akhlak dan menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

 

Sumber: Buletin TV3

Destination: