"Singapura Atas Kita?!" - Senarai 10 Destinasi Makanan Terbaik Di Asia Tenggara 2024
FOODIENegara kita cukup kaya dengan pelbagai hidangan yang menarik seperti nasi lemak, kari pedas, sup lazat, dan hidangan laut yang mengancam selera. Sesiapa sahaja pasti sukar untuk memilih makanan kegemaran mereka yang ada di Malaysia. .
Namun begitu, Booking.com telah menyusun senarai destinasi makanan terbaik di Asia Tenggara setelah membuat survey yang telahpun dijawab oleh ipengguna platform global mereka.
Di tempat pertama hingga ketiga adalah bandar-bandar yang paling banyak dilawati di rantau Asia Tenggara, iaitu Bangkok, Kuala Lumpur, dan Singapura. Ketiga-tiga bandar ini telah memperoleh pengiktirafan kuliner di peringkat antarabangsa, kaya dengan kepelbagaian budaya dan masakan serantau.
Di senarai tersebut, kita juga melihat beberapa penyertaan dari bandar yang ada di Indonesia, Vietnam dan juga Thailand. Tapi betul ke makanan Singapura lebih sedap dan menarik dari kita? Hmmm
Senarai Penuh
- Bangkok, Thailand
- Singapura
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Chiang Mai, Vietnam
- Ho Chi Minh City, Vietnam
- Ubud, Indonesia
- Melaka, Malaysia
- Hanoi, Vietnam
- Seminyak, Indonesia
- Patong Beach, Thailand