Majikan Di Australia Dikenakan Denda Jika Kacau Pekerja Diluar Waktu Pejabat

TERKINI
February 13, 2024 - 03:45 PM


Di Australia, terdapat undang-undang baharu yang diperkenal oleh kerajaan berkenaan dengan gangguan terhadap pekerja di luar waktu pejabat.

Undang-undang tersebut menyatakan bahawa mana-mana majikan di Australia yang mengganggu atau menghubungi pekerja selepas waktu bekerja akan dikenakan denda oleh pihak kerajaan.

Undang-undang itu dikenali sebagai ‘hak untuk tidak berhubung’ bagi melindungi pekerja daripada gangguan dan permintaan tidak adil oleh majikan.

Menurut sumber, undang-undang baharu itu akan diperkenalkan di Parlimen Australia minggu ini.

Menteri Perhubungan Tempat Kerja, Tony Burke berkata, sebagai sebahagian daripada undang-undang yang dikemas kini, pekerja boleh mendapat ‘perintah berhenti’ terhadap majikan mereka. Ia merujuk kepada larangan untuk menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.

Ujarnya lagi, pihak majikan boleh didenda jika melanggar ‘perintah berhenti’ tersebut.

“Sekiranya melanggar perintah ini dilanggar, majikan akan diberi notis dan didenda,” kata Burke.

Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese berkata: “Apa yang kami cuba tekankan adalah pekerja tidak dibayar gaji untuk 24 jam sehari. Mereka tidak sepatutnya dihukum jika tidak dapat dihubungi 24 jam sehari.”

Sebagai info, Perancis telah memperkenalkan satu undang-undang pada tahun di 2017 yang dikenali sebagai 'hak untuk enggan dihubungi di luar waktu bekerja', manakala Itali, Ireland dan Sepanyol juga telah meluluskan undang-undang yang sama. 

 

Kredit: Medialah

Destination: