"Balik Kerja, Nampak Isteri Kaku Sebelah Bayi" - Kerana Diugut Majikan, Lelaki Ini Cuma Dapat Cuti 2 Hari Jaga Isteri Pantang
TERKINIBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Apa perasaan korang gara-gara dipaksa kerja oleh majikan, tiba-tiba balik dari kerja korang nampak isteri yang baru bersalin 4 hari terbujur kaku tidak bernyawa di sebelah bayi. Pasti hancur dan luluh hati, kan...
Itulah kejadian tragis yang menimpa seorang lelaki dari Sabah ini yang kehilangan isteri buat selama-lamanya selepas hanya mendapat cuti paterniti selama 2 hari untuk menjaga isteri yang baru sahaja selesai melahirkan anak.
Sedangkan di Malaysia sebenarnya terdapat undang-undang yang membenarkan lelaki mendapat cuti paterniti selama 7 hari di bawah Akta Kerja 1955.
Ini bermakna mana-mana lelaki yang sudah berkahwin yang isterinya baru melahirkan anak berhak mendapat cuti seminggu dari kerja.
Malangnya lelaki dari Sabah ini, syarikat tempat dia bekerja tidak membenarkannya mengambil masa selama 7 hari penuh dan hanya membenarkan dia bercuti selama 2 hari sahaja untuk menjaga isterinya yang baru bersalin – hanya pulang ke rumah selepas bekerja untuk melihat isterinya sudah meninggal dunia ketika menjaga bayi mereka yang baru lahir.
Dipaksa kerja kerana diugut gaji akan dipotong
Kisah tragis itu dikongsi oleh Exly Jailon di Facebook, yang baru-baru ini mengalami kehilangan isteri tersayang awal bulan ini. Namun, kisah sebenar pemergian isterinya baru-baru ini dikongsikan secara terbuka.
Dalam beberapa posting yang dibuat oleh Exly sejak beberapa hari ini, netizen dimaklumkan bahawa Exly terpaksa bekerja selepas hanya dua hari cuti paterniti untuk menjaga isterinya yang baru melahirkan anak. Difahamkan, dia juga ‘diugut’ dipotong gaji jika gagal hadir bekerja, justeru dia terpaksa bekerja selepas dua hari bercuti.
Seperti yang kita tahu, seorang wanita yang baru melahirkan anak memerlukan penjagaan intensif sepanjang masa dan dua hari penjagaan tidak mencukupi. Kerana isterinya ditinggalkan sendirian untuk menjaga bayi mereka yang baru lahir, dia pasti tidak mempunyai pilihan selain melakukan banyak kerja sendiri.
Bayangkan keperitan yang dirasai Exly apabila pulang ke rumah dan mendapati isteri tersayang sudah lama meninggal dunia sementara bayi yang baru lahir mereka menangis kelaparan.
Lebih memburukkan keadaan, Exly terpaksa menanggung 13 hari potongan gaji sepanjang dia berkabung atas kehilangan isterinya dan syarikat itu juga melepaskan sebarang tanggungjawab atas kematian isterinya.
Netizen mendesak lelaki itu untuk saman syarikat tersebut
Exly turut menambah bahawa dia tidak mempunyai pilihan selain hadir bekerja kerana komitmennya tetapi mengadu bahawa tenaga kerjanya tidak sepadan dengan gajinya. Difahamkan juga dia bekerja sebagai pemandu sebuah syarikat pembekal barang.
Netizen bersimpati dengan Exly atas layanan tidak berperikemanusiaan yang terpaksa dialaminya dan ketiadaan empati syarikat itu terhadap kakitangan mereka. Ramai juga meminta lelaki itu menyaman syarikat berkenaan malah menawarkan bantuan kewangan untuk membantu Exly mendapatkan keadilan berhubung kejadian tragis tersebut.
Jika anda mengalami layanan yang tidak adil atau diskriminasi di tempat kerja, kumpulkan bukti anda dengan mendokumentasikan e-mel, mesej teks atau sebarang dokumentasi lain yang berkaitan dan buat aduan kepada Jabatan Buruh atau Jabatan Perhubungan Perusahaan.
Sekiranya semuanya gagal, anda boleh meneruskan untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman tempat kerja anda kerana terdapat undang-undang sedia ada yang akan mewajarkan anda untuk mengambil tindakan.
Kami bersimpati dengan Exly Jailon atas kehilangan tragis isteri tersayangnya. Semoga dia tabah menghadapi kesusahan ini dan terus kuat demi bayinya.
Sumber: iloveborneo.my