"Trauma Dibuatnya" - Wanita Kongsi Video Diganggu Lelaki 'Merangkak' Cuba Pecah Masuk Rumah

TERKINI
February 14, 2024 - 04:46 PM


Seorang wanita berkongsi satu rakaman CCTV yang mungkin menjadi igauan ngeri buat ramai wanita. Rumah sendiri yang sepatutnya sebagai salah satu tempat yang buat kita berasa selamat, namun sebaliknya yang berlaku akibat dari tindakan orang lain.

@yoursoblush

Suspicious sangat bila di inform dia Kurang sihat tapi sebab masa ditangkap dia tak aggresive so polis inform tak perlu buat report tapi kita still simpan bukti cctv. Cuma, berhati-hati sahaja walau kita rasa rumah dan kawasan kita selamat. Tak jadi tak apa, orang boleh deny. Tapi kalau jadi? Waktu tu nak kata apa pun tak ada guna. Sebab masa dekat depan dia pakai kasut then bila check cctv belakang dia dah cabut kasut and jalan macam tu. Saya maafkan andai kata dia betul kurang sihat tapi saya tak lupa 😃

♬ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Video yang dimuatnaik di platform TikTok itu memaparkan aksi seorang lelaki yang disyaki ada niat yang tidak baik terhadap penghuni rumah tersebut. Dia kelihatan seperti sedang cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah. 

Menurut pengadu, dia telah pun melaporkan kejadian ini pada pihak polis. Namun, menurutnya suspek merupakan seorang yang tidak siuman. Biarpun dengan status kesihatannya, wanita itu tidak dapat melupakan apa yang telah berlaku.

 

Destination: