Hukum Bawa Balik Makanan Berlebihan Dari Masjid Tanpa Izin Adalah Haram - UAI

GAYA HIDUP
February 23, 2024 - 05:12 PM


Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@cer4mahagama), pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberikan penjelasan tentang hukum sekiranya seseorang membawa balik bungkusan makanan yang diambil dari masjid.

Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagai UAI mendedahkan bahawa haram hukumnya jika para jemaah membawa pulang makanan dari masjid tanpa meminta izin kerana pemberian hidangan itu adalah hak orang ramai.

Walau bagaimanapun, ia tidak dikira haram jika makanan yang dibawa itu adalah lebihan selepas orang ramai sudah mengambilnya.

Pergi masjid tengok ada nasi minyak. Dia pun makan satu, bawa balik satu. Hukumnya haram. Kerana apa? Kerana hak orang ramai. Melainkan jika ada lebih, kalau tak dibawa balik nanti basi dan jadi rosak. Kalau itu, boleh. -Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus

@apitsenget #ustaz ♬ سبحان الله - Ali Dawud

UAI turut berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila melibatkan makan dan minum kerana akan menjadi darah daging.

Perkara ini dikukuhkan lagi apabila UAI membacakan satu hadis berikut:

كُلُّ لَحْمٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ.

Maksudnya: Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka Neraka lebih layak baginya. (HRat-Thabrani dalam Al-Kabir, 19/136; Sahihul Jami’, 3594.)