Menjelang Ramadan: Israel Kerah Pasukan Tambahan & Netanyahu Minta Penjara Israel Bersedia Terima Ribuan 'Tahanan' Baharu
TERKINIMenjelang kehadiran bulan yang mulia bagi umat Islam, Polis Israel telah bertindak untuk mengerahkan pasukan tambahan di sekitar perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, lapor agensi berita Anadolu.
Penempatan pasukan tambahan itu dilakukan ketika beribu-ribu rakyat Palestin bersiap sedia untuk menunaikan solat Tarawih. Menurut Saluran 12 Israel, pengerahan polis itu dilakukan kerana bimbang akan keselamatan di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang diduduki semasa Ramadan.
Mesej teks dihantar ke telefon penduduk Baitulmaqdis memberi amaran terhadap penglibatan dalam sebarang pergolakan, kata penyiar itu. Selain itu, risalah juga diedarkan di kawasan kejiranan timur Baitulmaqdis Timur yang memberi amaran kepada penduduk terhadap "rusuhan" semasa Ramadan.
Israeli occupation forces obstruct Palestinians from entering Al-Aqsa Mosque to pray, despite tomorrow marking the first day of Ramadan in occupied Jerusalem. pic.twitter.com/PIqyJRUS84
— Quds News Network (@QudsNen) March 10, 2024
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga mengarahkan Menteri Pertahanan, Keselamatan Negara dan Kewangannya untuk membuka ruang di penjara Israel sebagai persediaan untuk penangkapan 'ribuan' lagi rakyat Palestin tahun ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pejabat Perdana Menteri berkata, tentera dan agensi keselamatan dalaman Shin Bet telah menilai bahawa ramai lagi akan ditangkap di Gaza dan Israel akan kehabisan ruang penjara jika ia tidak melakukan sesuatu sekarang.
Untuk info, kira-kira 4,000 rakyat Palestin telah pun ditangkap sejak permulaan perang Oktober dimana kebanyakan penangkapan berlaku di Gaza.
Sumber: Palestine Chronicle & Sinar Harian