"Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu" – Suami Fatin Afeefa Berhenti Main Forex

HIBURAN
March 20, 2024 - 02:48 PM


Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa sering menjadi tumpuan ekoran terpalit dengan beberapa kontroversi. Ini kerana, Aliff Awang atau lebih mesra dipanggil Opai pernah menunjukkan pendapatan lumayan yang diperolehi hasil bermain forex secara terbuka. 

Terbaru menerusi akaun TikToknya, Opai telah menjawab komen yang mengatakannya ‘budak forex’ penipu. Menurut tuan badan, sudah setahun dia ‘cuci tangan’ daripada terlibat dalam aktiviti tersebut.

Selain itu, Opai juga berkata bahawa dia percaya rezeki Allah SWT itu luas dan dia perlu berusaha untuk mendapatkannya.

"Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu, aku dah setahun tak mengharap benda tu. Elok je boleh hidup, kau kalau fikir forex je boleh bagi kau makan, kena cari balik iman kau dekat mana," katanya.

Difahamkan, Opai menjelaskan perkara itu selepas terdapat individu yang bertanya kenapa dia tidak membuat sebarang hantaran berkenaan dengan makanan percuma sebelum ini.

Buat yang tidak tahu, Opai telah berjanji yang dia mahu memberi makanan percuma pada bulan Ramadan. Dia juga mengaku memasak bukanlah kerja yang mudah, dia perlu ikhlas untuk menghasilkan masakan yang berkualiti dan sedap.

Apabila gagal memasak dengan ikhlas, pasukannya ambil keputusan untuk bercuti. Menurutnya lagi, bila sudah ikhlas mereka kembali memasak seperti biasa. 

@aliff_awang Aku yakin rezeki itu luas 😆 yang penting yakin, Allah maha kuasa. Makhluk takda kuasa. Jual apa pun boleh #confirmfyp ♬ Inspirational - neozilla

 

Kredit: TikTok

Destination: