Abang Kurier Bongkar Dalang Kes Parcel Hilang, Rupanya Dicuri Budak Flat
TERKINIKes kehilangan mahupun kecurian parcel bukanlah satu isu yang baru di kalangan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di flat ataupun pangsapuri kos rendah. Yang membezakan setiap insiden hanyalah kekerapan.
Baru-baru ini, tular satu video yang menjadi punca sebenar bagi penduduk yang kehilangan parcel mereka.
Patut parcel asyik hilang,
— ًِ (@bckupacc99) March 24, 2024
rupanya budak ni rembat. pic.twitter.com/ndlt1Pvz4U
Perkongsiannya itu dimuat naik selepas tularnya sebuah video kamera litar tertutup (CCTV) sejak Ahad memaparkan tindakan seorang kanak-kanak mencuri bungkusan milik orang lain.
Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mengambil satu bungkusan dari dalam pagar rumah sebelahnya sebelum melarikan diri.
Pada masa sama, tiada individu dewasa berhampiran kawasan itu malah, pemilik rumah juga berkemungkinan tidak menyedari perbuatan kanak-kanak itu.
Mengulas lanjut, penghantar barang menggunakan akaun Instagram Boboy Iskandar berkata, kejadian yang berlaku pada Sabtu itu juga pernah terjadi pada pelanggannya di rumah pangsapuri.
"Kisah ini kisah memang realiti. Aku bekerja sebagai kurier, pernah beberapa kali terjadi barang pelanggan aku selalu hilang.
"Aku selalu bagitahu pelanggan barang dah letak dalam peti surat atau pagar, tetapi bila dia balik barang selalu hilang.
"Jadi, pelanggan mula tuduh aku tak amanah," kongsinya.
Lebih menambah berangnya apabila mengetahui bahawa kejadian itu berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab kanak-kanak yang menghuni di kawasan rumah tersebut.
Katanya, ibu bapa mereka juga tidak bersikap terbuka untuk menerima teguran tentang sikap anak-anak yang tanpa rasa bersalah mengambil hak orang lain.
"Rupa-rupanya budak flat selalu curi, bila aku tangkap, mak bapak mereka marah aku balik.
"Dah akhir-akhir baru budak tu mengaku. Baru lima tahun dah pandai buat kerja mencuri, bila kita marah, kita pula yang kena," luahnya.
Namun, sehingga kini, belum ada perkembangan terbaharu dikongsikan pemilik video berhubung kejadian itu.