Ketua Jurulatih Oman Kritik Keadaan Padang SNBJ, Rakyat Yang Malu
SUKANSetiap kali aksi Harimau Malaya di padang keramat Stadium Nasional Bukit Jalil pasti menjadi bualan khususnya di kalangan penyokong skuad kebangsaan. Mana tidaknya, keadaan padang yang tidak memuaskan bukan sekali dua terjadi.
Baru-baru ini, Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy menyifatkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak bersedia untuk dijadikan sebagai medan perlawanan menentang Malaysia pada esok hari.
Ketika sidang media, Silhavy berkata pemain tidak sesuai beraksi di padang Stadium Bukit Jalil kerana hujan sering melanda negara kebelakangan ini.
“Malangnya kami diberitahu yang cuaca Malaysia sekarang banyak hujan. Kami percaya yang padang tidak akan bersedia untuk perlawanan dan tidak baik untuk perlawanan. Secara fizikal dan teknikalnya, pemain tidak sesuai untuk bermain di situ.
“Semalam (Ahad) pun kami diberitahu yang kami tidak akan berlatih di padang Bukit Jalil kerana keadaannya tidak bagus untuk latihan. Pasukan Malaysia juga tidak boleh berlatih di sana. Ia memang tak bagus untuk kedua-dua pihak,”
Setelah tewas pada pertemuan pertama dalam saingan pusingan kedua peringkat kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, anak buah Kim Pan Gon nekad untuk bangkit lebih lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.