UPNM Bantu Pelajar Yang Kurang Berkemampuan Balik Raya Ke Sabah Dengan Menaiki Pesawat TUDM
TERKINILebih kurang semingga sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Dalam tempoh ini, pasti ada sudah pulang ke kampung halaman bagi mengelak tersesat dalam kesesakan jalan raya.
Antara golongan yang pulang awalnya pastinya golongan pelajar di pengajian tinggi memandangkan pihak universiti sudah pun mengeluarkan jadual sepanjang semester termasuk tempoh bercuti.
Terbaru, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah tampil dengan inisiatif untuk membantu pelajar yang memerlukan pulang ke kampung halaman di Sabah.
Hal ini dikongsikan seorang penuntut di universiti awam itu di platform TikTok. Berdasarkan hantaran yang dimuat naiknya, sekurang-kurangnya 11 orang pelajar telah dihantar pulang ke Sabah dalam penerbangan kali ini.
@grlcloud also thanks to PTU and all of us 🫶🏻
♬ Originalton - 🤍
Kesemua pelajar itu berlepas dari Lapangan Terbang Pangkalan Udara Subang dan telah dihantar pulang menaiki pesawat Airbus A400M hak milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Namun begitu, ada juga individu yang mempersoalkan siapakah pihak yang menanggung kos penerbangan tersebut memandangkan ia menggunakan aset kerajaan.
Beberapa individu lain menerangkan bahawa pesawat tersebut dikhaskan untuk membawa kargo pada asalnya, tetapi mempunyai ruang untuk menghantar para pelajar itu pulang sekali.
Difahamkan bahawa para pelajar yang berpeluang menaiki pesawat TUDM untuk pulang ke kampung halaman itu dari kalangan mereka yang terpilih dan golongan memerlukan.
Untuk makluman, ini bukanlah pertama kali UPNM mendapatkan khidmat pihak TUDM untuk menghantar pelajarnya pulang ke Sabah memandangkan mereka pernah melakukannya pada tahun-tahun sebelum ini.
Kredit: TikTok & Buzz Kini