Hati-Hati! Ini Dia Ciri-Ciri Makanan Basi Untuk Elak Keracunan Di Aidilfitri

FOODIE
April 08, 2024 - 03:32 PM


Memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, pasti ramai yang tidak sabar untuk mencuba pelbagai juadah istimewa yang dihidang seperti rendang ayam atau daging, lemang, kuah kacang dan sebagainya.

Jika anda mendapat jemputan ke rumah terbuka Aidilfitri, jaga-jaga dengan hidangan yang mungkin sudah basi. Ini kerana, ada hidangan yang dimasak sehari lebih awal dan mula berubah daripada segi rasa dan bau. 

Makanan yang telah basi kalau sudah dihadam ke dalam perut, boleh membawa kepada sakit perut atau keracunan makanan. Kesannya juga boleh menyebabkan anda duduk lama dalam hospital. Oleh itu, mari ketahui ciri-ciri makanan basi.

 

CIRI-CIRI MAKANAN BASI MAKANAN YANG MUDAH BASI:

1. MENGELUARKAN BAU KURANG ENAK DARI MAKANAN

Makanan yang masih segar atau baru akan mengeluarkan bau yang khusus dan sedap. Berbeza pula jika makanan itu sudah lama tidak dimakan.

Makanan yang dibiarkan lama dalam tempoh tertentu akan mengeluarkan bau kurang enak atau busuk. Bau yang muncul, kebiasaannya adalah cukup menyengat sehingga anda boleh tahu ia sudah tidak elok. 

Kalau anda perasan ada makanan di mana-mana rumah terbuka yang berbau kurang enak, cepat-cepat inform tuan rumah minta tukar ya.

2. KELIHATAN BERLENDIR

Bukan semua makanan yang basi akan mengeluarkan lendir. Kebiasaannya, makanan yang mengeluarkan lendir apabila basi adalah jenis yang bersantan.

Contohnya seperti masak gulai, rendang atau lauk kari. Kandungan santan inilah yang menyebabkan makanan mudah basi dan mengeluarkan lendir apabila basi.

Jadi, sebelum anda nak mencuba makanan yang berat, tengok dulu berlendir atau tidak. Pastikan ia elok.

3. RASA MAKANAN MENJADI MASAM

Makanan yang sudah basi boleh juga dikesan dari perubahan rasa. Kebiasaannya, perubahan rasa ini terjadi pada lauk-pauk. Hidangan yang sudah lama tidak dimakan setelah dimasak, rasanya akan berubah menjadi masam setelah ia basi.

4. MUNCUL KULAT PADA MAKANAN

Secara umumnya, kulat yang muncul pada makanan basi adalah berwarna hitam atau merah. Saiznya sangat kecil.

Kulat muncul disebabkan oleh terdapat sisa metabolisme bakteria pada makanan. Hindari makanan yang mempunyai kulat. Makanan yang sering mempunyai kulat apabila basi adalah kuih, kek, roti dan sebagainya.

Sebelum nak ngap biskut atau kuih raya itu, perhatikan dulu kuihnya. Jangan main sumbat saja dalam mulut.

5. WARNA MAKANAN BERUBAH

Anda juga boleh mengetahui makanan itu basi atau tidak dari perubahan warnanya. Makanan yang masih baru atau segar akan memiliki warna yang masih ‘fresh’.

Apabila basi, makanan ini akan berubah warna menjadi pucat atau warnanya tidak segar.

Ini selalu terjadi dekat makanan yang bersup, jika perasan perubahan warna pada sup elakkan ya.

Kebiasaannya, ramai yang sering berulang-ulang masak sesuatu hidangan itu bagi mengelak ia menjadi basi. Namun, sebenarnya makanan yang terus dimasak berkali-kali tidak baik untuk kesihatan.

Justeru itu, hati-hati ketika pergi ke sesebuah majlis. Pastikan makanan yang dihidang itu berada dalam persekitaran bersih, terjaga dan tidak basi. Jangan main ambil saja ya! Selamat Hari Raya guys.

 

Sumber: Royal Snack Box & Sirap Limau

Destination: