Kes Tembak Isteri Di KLIA: "Saya Perlukan 7 Peguam Untuk Wakili Saya" - Hafizul Harawi

TERKINI
April 16, 2024 - 04:19 PM


Sebelum ini, kita dikejutkan dengan kes tembakan yang berlaku di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dimana suspek iaitu Hafizul Harawi telah cuba menembak isterinya.

Cubaannya itu gagal apabila tembakan yang dilepaskan terkena pada pegawai peribadi isterinya. Terbaru, suspek yang ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Bharu berkata bahawa dia memerlukan tujuh orang peguam.

"Saya memerlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya," kata suspek.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika dalam perjalanan keluar selepas Mahkamah Majistret memerintah suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan. 

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini, suspek ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri. Dia ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan. 

Difahamkan, suspek kini telah tiba di Subang dan akan dibawa ke IPK Selangor.

 

Sumber: Harian Metro

Destination: