Dendam 4 Tahun Lepas Jadi Punca Wanita Simbah Air Panas Terhadap Lelaki OKU
TERKINIBeberapa hari yang lalu, negara digemparkan dengan satu video rakaman CCTV yang mengejutkan di mana seorang wanita berbangsa Cina tergamak untuk menyimbah air panas terhadap seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Bayan Lepas
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata siasatan awal, mendapati perselisihan faham yang disifatkan agak sensitif itu telah tercetus antara suspek dan mangsa sekitar tiga atau empat tahun lalu.
Kes simbah cecair (air panas/asid?) yg dilakukan oleh seorang perempuan cina ke atas seorang lelaki OKU (bkn bangsa cina).
— Faizal (@faizal_sir) April 20, 2024
Isu perkauman?
Cuba yg OKU tu sebangsa dia, aku tak rasa dia akan simbah. pic.twitter.com/2ZScW5WjW8
Setakat ini pihak polis telah merakam percakapan tiga individu termasuk mangsa dan siasatan masih diteruskan. Superintendan Kamarul Rizal Jenal, turut menjelaskan pihaknya mempertimbangkan untuk menghantar suspek bagi menjalani pemantauan kesihatan untuk pemerhatian dan pengesahan laporan perubatan dan siasatan setakat ini mendapati wanita itu bukan pesakit mental.