Wanita Simbah Air Panas Terhadap OKU Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000
TERKINIMahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda RM6,000 terhadap wanita yang menyimbah air panas ke arah pemuda orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down, Jumaat lalu.
Kes simbah cecair (air panas/asid?) yg dilakukan oleh seorang perempuan cina ke atas seorang lelaki OKU (bkn bangsa cina).
— Faizal (@faizal_sir) April 20, 2024
Isu perkauman?
Cuba yg OKU tu sebangsa dia, aku tak rasa dia akan simbah. pic.twitter.com/2ZScW5WjW8
Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Oo Saw Kee ,39, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Ketika prosiding, Ahzal Fariz berkata, setelah meneliti fakta kes, mahkamah mendapati perbuatan tertuduh adalah satu kesalahan kejam dan tidak berperkemanusiaan.
“Mahkamah berkongsi sentimen dengan masyarakat bahawa ia satu perbuatan kejam, tambahan pula tidak ada provokasi daripada mangsa. Mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi tertuduh.
“Tujuan hukuman ini bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan ini kepada mana-mana OKU.
“Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 terhadap tertuduh, jika gagal membayar denda tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 bulan,” katanya di sini hari ini.