
Muat Naik Kandungan Jelik Melibatkan Agama Islam, Harith Iskander & Cecelia Yap Dikompaun RM10,000
TERKINISuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan tindakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang terhadap dua individu atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook, pada 18 Februari 2025.
Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.
Selepas menerima permohonan daripada MCMC, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook.
Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat.
Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta. -MCMC