[VIDEO] Bapa Tergamak Paksa Anak Berlari Atas 'Treadmill' Hingga Maut Kerana Gemuk
TERKINIMAHKAMAH di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan pendedahan rakaman video memaparkan seorang bapa yang memaksa anak lelakinya berusia enam tahun untuk berlari laju di atas treadmill kerana menganggap kanak-kanak itu 'terlalu gemuk'.
NEW: Mother breaks down in court as she watches her son’s father abuse her child by making him run on the treadmill because he was “too fat.”
— Collin Rugg (@CollinRugg) May 1, 2024
New Jersey father Christopher Gregor is accused of killing his 6-year-old son Corey Micciolo.
New footage shows the boy repeatedly face… pic.twitter.com/aVKknkOGd5
Lelaki tersebut turut dituduh melakukan penderaan teruk kepada anaknya, Corey Micciolo sehingga mengakibatkan kematian terhadap kanak-kanak malang itu.
Kecederaan dialami mangsa termasuk hentakan terakhir objek tumpul di bahagian jantung yang dipercayai dilakukan oleh Christopher Gregor, 31, beberapa jam sebelum kematian kanak-kanak itu.
Semasa perbicaraan yang hari pertama yang bermula pada Selasa di Mahkamah Tinggi Ocean City, mahkamah ditunjukkan video pengawasan dari pusat kecergasan Atlantic Heights, yang terletak di Barnegat.
Ibu kepada mangsa, Bre Micciolo dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan menangis ketika dia melihat anaknya didera oleh bekas suaminya itu menerusi klip terbabit di mahkamah.
Ia menunjukkan kanak-kanak itu terpaksa berlari dengan lebih laju pada mesin larian itu senaman dengan lelaki terbabit dilihat menaikkan kecuraman alatan itu secara mendadak.
Corey kemudiannya dilihat gagal untuk menyaingi kelajuan ditetapkan sehingga menyebabkannya terjatuh keluar dari treadmill berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Christopher seterusnya mengangkat kembali anaknya yang kelihatan letih sehingga mengalami kesukaran untuk berdiri dan memaksanya untuk kembali berlari.
Lelaki berkenaan juga bertindak menggigit anaknya sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap mangsa.
Bre yang berkongsi hak penjagaan anaknya dengan Christopher melaporkan kecederaan dialami cahaya matanya itu kepada Bahagian Perlindungan Kanak-kanak New Jersey hanya beberapa hari sebelum kematiannya.
Wanita itu dikatakan telah merayu kepada bekas suaminya itu untuk membawa anak lelaki mereka ke doktor pada 1 April 2021.
Semasa ditemani seorang pekerja kebajikan dalam satu temu janji, kanak-kanak berusia enam tahun itu juga memaklumkan dia terpaksa lari kerana Christopher memberitahunya 'dia terlalu gemuk'.
Keesokan harinya, Corey disahkan meninggal dunia. Christopher didakwa membawa anaknya itu ke hospital selepas mendapati kanak-kanak itu tidak dapat bercakap dengan jelas selepas dikatakan terjatuh di dalam rumah pada pagi 2 April 2021, menurut Court TV.
Kanak-kanak itu juga dikatakan mengalami loya dan sesak nafas. Kanak-kanak berusia enam tahun itu mengalami sawan semasa imbasan CT ketika kakitangan perubatan berusaha keras untuk menyelamatkan nyawanya.
Menurut bedah siasat awal, kematian Micciolo didapati akibat daripada kecederaan serangan senjata tumpul dengan lebam pada jantung dan hati, keradangan akut dan sepsis.
Christopher ditangkap beberapa bulan kemudian pada 7 Julai 2021 atas tuduhan pengabaian kanak-kanak selepas pasukan penyiasat menemui rakaman di pusat kecergasan terbabit.
Pakar patologi forensik, Dr Thomas Andre memutuskan kematian budak lelaki itu sebagai pembunuhan pada September 2021 berpunca daripada penderaan kronik. mDr Thomas percaya Corey mengalami kecederaan traumatik akut pada jantung dalam tempoh empat hingga 12 jam sebelum kematiannya.
Christopher diberkas pada 9 Mac 2022, kerana kematian anaknya. Dia ditahan di Penjara Ocean City tanpa sebarang ikat jamin. — Agensi