Israel Arah Penduduk Timur Rafah Berpindah Sebelum Lancar Serangan Besar-Besaran
TERKINIPenduduk Palestin mula meninggalkan kawasan timur Rafah menuju ke barat wilayah itu selepas diarah untuk segera berbuat demikian oleh tentera rejim Zionis.
Jurucakap rejim mendedahkan kepada media, kira-kira 100,000 penduduk di timur Rafah akan berpindah sebelum serangan besar-besaran dilancarkan ke atas Rafah yang kini dihuni kira-kira 1.5 juta penduduk.
People evacuating from East Rafah
— Mariam from Gaza 🇵🇸 (@KufiyyaPS) May 6, 2024
Everyone is scared and panicked, and they don't know where to go, or in other words, they don't have a place to go... pic.twitter.com/BaEsfHnJj5
Dalam kenyataan di laman X, tentera rejim memaklumkan, pihaknya akan meneruskan usaha memburu Pejuang Hamas di segenap lokasi di Gaza. Rancangan itu juga katanya telah dimaklumkan kepada Amerika Syarikat.
Dalam pada itu serangan terbaharu ke atas Gaza telah meragut hampir 30 nyawa termasuk lapan kanak-kanak. Sasaran termasuk 11 kediaman di Rafah yang turut mengakibatkan sejumlah penduduk cedera.
TERKINI
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) May 6, 2024
Kawasan merah adalah kawasan yang diserang Israel di Rafah dijangka hari ini
Mereka akan menyerang Timur Rafah
Beberapa pasukan IDF sudah berada di Lintasan Kerem Shalom berhampiran kawasan merah berkenaan pic.twitter.com/HthaAo46ru
Sumber: Buletin TV3 & X